About Me
laman diskusi~
-
-
-
-
Ahbash berselindung di sebalik ASWJ6 years ago
-
Pemimpin Adalah Cermin Rakyat!6 years ago
-
BITCOIN / MATAWANG CRYPTO6 years ago
-
-
Maklumat8 years ago
-
-
-
-
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.12 years ago
-
-
Berbuat baik kepada ibu bapa14 years ago
-
-
About SacredHadith17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Follow Me!!~
jom bual-bual~
1900 sebelum masihi-
Nabi Ibrahim membawa sinar tauhid ke tanah suci Palestin kira-kira 1900 tahun sebelum masihi dan menjalin hubungan baik dengan pemerintah Baitul Maqdis ketika itu. Malki Sadiq yang berpengaruh.
Labels: palestin
2500 sebelum masihi - masyarakat Canaatites berhijrah secara beramai-ramai dari tanah Arab ke Palestin dan menjadi perintis kewujudan Palestin. Mereka mengasaskan lebih kurang 200 buah bandar dan kampung di Palestin seperti Beisan (Beit Shean), "Asqalan (Askelon), "Akka (Acre), Haifa, al-Khalil (Hebron), Asdud, Bir al-Saba" (Beer Shaba) dan Beit Laham...
Labels: palestin
Isu palestin perlu berada di dalam diri setiap muslim. Ini kerana ianya berkaitan dengan maruah kaum muslimin seluruhnya. Sekiranya kita tetap berdiam diri dengan keadaan yang belaku di Palestin maka kita telah mengabaikan saudara kita!
Rasulullah pernah berpesan kepada kita sepertimana yang telah dirakam di dalam sahih Muslim
وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ
[hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Setiap orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain] (hadith riwayat Muslim)
Bagaimana kita mampu berdiam diri melihat dan mendengar SAUDARA kita sedang disiksa dari segi mental dan fizikal. Kanak-kanak terhalang dari ke sekolah, makanan yang berkhasiat sangat sukar didapati bahkan kehidupan mereka seperti pelarian di negara sendiri. Semua ini adalah hasil penangan rejim zionis yang kejam dan bercita-cita untuk menguasai Masjid al-Aqsa. Namun realitinya suasana sekarang, umat Islam telah telah dipakaikan dengan hijab keseronokan dan hiburan sehingga tertutup semua penderitaan saudara sendiri. Malah terdapat juga sebahagian umat Islam yang bahagia dengan limpahan air laut yang banyak untuk diminum sedangkan semakin banyak diteguk maka akan semakin rasa haus, begitu juga dengan sogokan oleh zionis kepada dunia Islam seperti limpahan kekayaan dan hiburan yang pada zahirnya nampak menyenangkan namun ianya hanya menyusutkan nilai keimanan dan keislaman seseorang muslim. Justeru marilah sama-sama kita menyemat di dalam otak pemikiran kita untuk membantu saudara kita walau dengan apa cara sekalipun.
Assalamualaikum..
segala puji bagi Allah Tuhan yang maha penyayang dan maha pengampun, Tuhan yang Esa yang bertakhta di Arasy.. salam dan selawat ke atas junjungan Rasulullah, ahli bait, khulafa' al-rashidin dan para sahabat..
Di sini Saya ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga al-Amir Sultan bin Abdul Aziz A'aliy Sa'ud, putera mahkota kerajaan Saudi yang telah meninggal dunia pada 22/10/2011 lalu..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.
Umat Islam diwajibkan berpuasa di dalam bulan Ramadan sebagaimana yang diperintahkan kepada umat-umat terdahulu. Para ulama mengistinbat kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan melalui surah al-Baqarah ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai Orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
Rasulullah saw bersabda:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam dibina di atas lima asas, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pseuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, menunaikan ibadah haji dan berpuasa di bulan Ramadan” (diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Kegembiraan untuk orang yang berpuasa
Rasulullah saw bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
“Setiap amalan anak cucu Adam adalah untuk (manfaat) dirinya sendiri, melainkan berpuasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjaran kepadanya” (hadith qudsi diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad)
Rasulullah saw bersabda,
وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi disisi Allah berbanding bau wangian kasturi” (diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad)
Rasulullah saw bersabda,
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
“Syurga mempunyai satu pintu yang disebut Bab al-Rayyan. Dari situlah orang-orang yang berpuasa masuk ke dalam syurga pada hari qiamat dan tidak memasuki dari pintu tersebut selain orang yang berpuasa. Jika mereka sudah masuk ke dalam syurga, maka pintu tersebut ditutup.” (diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad)
Melalui tiga hadith di atas sudah cukup untuk seseorang muslim menanamkan rasa kegembiraan di dalam hati masing-masing dan membakar semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan mengharapkan janji-janji yang telah Allah khabarkan. Jelaslah Allah memandang mulia bagi umat Muhammad yang berpuasa dengan seikhlas hatinya sebagaimana hadith daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan reda-Nya maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (muttafaq ‘alaih).
Manakala hadith-hadith dibawah ini pula menunjukkan bahawa Allah tidak pernah menzalimi anak cucu Adam bahkan Allah dengan penuh sifat kasih sayang dan limpahan rahmatnya sentiasa tercurah ke atas mana-mana hamba yang mendambakannya. Di dalam hadith-hadith dibawah menceritakan bahawa para syaitan akan dibelenggu dan pintu-pintu neraka akan ditutup rapat manakala pintu-pintu syurga akan dibuka seluasnya. Syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menghembuskan bisikan-bisikan kemaksiatan kepada anak Adam, dan yang tinggal hanyalah nafsu yang ada di dalam diri masing-maisng. Dan nafsu ini sepatutnya tunduk dan lemah dengan tuntutan Ibadah puasa yang sempurna iaitu dengan menjaga setiap perbuatan ketika berpuasa seperti tidak meninggalkan solat dengan sengaja, tidak bercakap bohong, tidak melakukan ghibah/mengumpat, tidak bergaduh dan bercakap perkataan yang kesat dan lucah. Ibadah puasa disyariatkan kepada anak Adam agar ketaqwaan bersemadi di dalam diri dan sekaligus dapat mengawal kebuasan nafsu amarah yang sentiasa meronta-ronta inginkan kemaksiatan.
Rasulullah saw bersabda,
عَنْ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“Jika datang bulan Ramadan maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan” (diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim)
Rasulullah saw bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
“Jika telah datang awal bulan Ramadan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, berserulah seorang penyeru: “Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah! wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Dan bagi Allah mempunyi orang-orang yang dibebaskan dari neraka dan ianya terjadi pada setiap malam”” (hadith hasan diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Khuzaimah. Dinilai sahih oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani)
Ancaman untuk orang yang tidak berpuasa
Rasulullah saw bersabda,
حدثني أبو أمامة الباهلي ، رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، يقول : بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان فأخذا بضبعي فأتيا بي جبلا وعرا فقالا لي : اصعد فقلت : إني لا أطيقه ، فقالا : إنا سنسهله لك فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا أنا بأصوات شديدة فقلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عوى أهل النار ، ثم انطلق بي فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم مشققة أشداقهم تسيل أشداقهم دما ، قال : قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم
“Ketika aku tidur, datanglah dua orang pemuda kemudian memegang dua lenganku, membawaku ke satu gunung kasar (tidak rata), keduanya berkata “Naik”. Aku berkata “Aku tidak mampu”. Keduanya berkata “Kami akan memudahkanmu”. Aku pun naik sehingga ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Aku pun bertanya “Suara apakah ini?”. Mereka berkata “Ini adalah teriakan penghuni neraka”. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka robek, darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya “Siapa mereka?”. Keduanya menjawab “Mereka adalah orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka(tidak berpuasa tanpa keuzuran).” (diriwayatkan oleh Ibn al-Hibban dan al-Hakim. Al-Hakim memberi komentar bahawa hadith ini sahih mengikut syarat-syarat Muslim. Hadith ini disahihkan oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani di dalam kitabnya al-silsilah al-sahihah)
Begitulah gambaran yang digambarkan oleh baginda saw bagi orang yang tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran syar’i. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang mahu ke neraka walaupun non-muslim. Mereka percaya bahawa neraka merupakan satu tempat yang penuh kesengsaraan namun bagi umat Islam, neraka bukan sahaja tempat yang penuh dengan seksaan dan kesengsaraan tetapi penuh dengan kemurkaan dan laknat Allah. Marilah bersama-sama kita menyemarakkan Ramadan dengan amalan puasa di siang hari dan bertarawih serta qiam di malam hari.
MohdZakaria
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ
"Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda
tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (Hadith riwayat Bukhari)
Di dalam taqwim Islam, terdapat 12 bulan yang menjadi panduan seharian umat Islam. Bulan-bulan Islam tersebut dimulai dengan bulan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah. Saban tahun umat Islam pasti akan melalui bulan Sya’ban ini. Pada bulan ini diriwayatkan bahawa Rasulullah saw lebih banyak berpuasa diikuti pula dengan berpuasa penuh pada Ramadan. Tidak pula dinyatakan bahawa baginda berpuasa tiga bulan berturut-turut dari bulan Rejab hingga bulan bulan Ramadan. Di dalam riwayat di atas dinyatakan oleh Umm al-Mukminin bahawa beliau tidak pernah melihat baginda nabi saw berpuasa lebih banyak pada bulan-bulan yang lain kecuali bulan Sya’ban. Hadith yang dibawakan di atas diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, di dalam kitab puasa. Justeru sebagai seorang muslim yang mengaku menyayangi baginda tentulah akan mengikut jejak langkahnya sebagaimana generasi terbaik tiga kurun pertama dan para ulama terutamanya yang sentiasa menyibukkan diri dengan mengkaji hadith-hadith baginda. Namun tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban sedangkan pada bulan lain tidak.
أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
"Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa" (Hadith riwayat An-Nasa’i)
Hadith di atas menunjukkan baginda merupakan seorang insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah walaupun baginda telah dijanjikan pengampunan dosa-dosanya dan memiliki sifat maksum sebagai seorang nabi. Riwayat di atas telah diriwayatkan oleh al-Nasa’i di dalam sunannya di dalam kitab puasa dan dinilai sebagai hadith hassan oleh syeikh al-Albani. Hadith di atas menerangkan betapa baginda tidak selesa jika amalannya dinaikkan untuk dipersembahkan ke hadrat Allah tanpa di diiringi dengan ibadah puasa kerana jelas baginda bulan tersebut adalah bulan di mana amalan-amalan manusia diangkat ke hadrat Allah dan baginda sendiri mahu amalannya diangkat dalam keadaan baginda berpuasa. Justeru marilah sama-sama kita berusaha untuk perbanyakkan berpuasa pada bulan Sya’ban disamping sebagai penghias kepada amalan-amalan kita yang bakal dinaikkan juga sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadan.
Palestin..
Bumi yang dikelilingi oleh keberkatan
Bumi tempat berpijaknya para nabi yang mulia
Bumi laluan perjalanan Rasulullah ke langit
Bumi masjid al-Aqsa yang suci
Namun Zionis yang dilaknat telah melahap kebahagiaannya
Kebahagiaan yang sepatutnya dinikmati oleh semua makhluk
Kelihatan kanak-kanak hiba meratapi tubuh ibu bapa syahid kerana Allah
Kelihatan ibu meratapi anak-anaknya jihad kerana Allah
Kelihatan bapa mendukung anaknya yang menjadi mangsa kegilaan musuh Allah
Kelihatan datuk meratapi nasib tuanya yang bakal dijemput oleh Allah
Kelihatan nenek mengalirkan titisan mutiara mengenang kudratnya semakin hilang untuk terus berjuang
Kedengaran singa Allah menyejukkan hati ibunya
“Jangan risau ibu.. kami akan mencapai kemenangan atau syahid lillah”
“Wahai ibu berilah kami semangat.. jangan bersedih..”
“Jangan risau ibu.. dunia bukan pemisah saya tunggu ibu di syurga”
“Wahai ibu janganlah menangis dengan pemergian saya..”
“Jangan risau ibu.. kami berjuang kerana agama Allah maka Allahlah yang akan menjaga kami”
Kanak-kanak Palestin berjuang untuk mendapatkan kebebasan tempat tumpah darahnya
Kami tidak akan berundur
Untuk mempertahankan yang hak dan menegakkan kalimah tauhid
Kami tidak akan berundur
Semoga Allah memberikan kami kekuatan
Hari demi hari malam berganti malam
Kami tidak akan berundur
Semangat kami akan terus membara
Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mujahid kami..
butiran permata nan indah~
jangan tak klik!!~
UM~~is one!
-
Besarnya Pengampunan Tuhanku al-Ghaffar12 years ago
Kinabalu~~hungga!
-
KONSTRUKSI9 years ago
-
apa dah jadi dengan blog ni?9 years ago
-
-
-
UP is marvelous!!!!15 years ago
-
-
kengkawan lama
lelaen..
-
-
-
-
-
TIME COUPLE VS DAH BREAK12 years ago
-
-