About Me
laman diskusi~
-
360 SEDEKAH SEHARI3 months ago
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?9 years ago
-
-
Maklumat10 years ago
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA10 years ago
-
-
-
-
-
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.14 years ago
-
-
Berbuat baik kepada ibu bapa16 years ago
-
-
About SacredHadith19 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Follow Me!!~
jom bual-bual~
Kepada semua rakan-rakan tidak kiralah sama ada rakan ketika belajar atau rakan sekerja..
saya dan keluarga mengucapkan kepada semua saudara seislam kami.
Semoga perayaan yang telah dihadiahkan oleh Allah ini menjadi satu pemangkin kepada kita untuk terus berjaya dan seterusnya menyumbang bakti kepada agama demi menjulang kalimah tauhid .
kami berdoa juga agar kita semua dipilih oleh Allah untuk mengikut jejak langkah rasulullah di dalam kehidupan seharian dengan berpandukan sunnah yang sahih. Amiin.
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku”
Sekiranya doa ini dibaca ketika berada di dalam kesedihan insyaAllah Allah akan mengamankan diri seseorang daripada perasaan bimbang dan dihilangkan oleh Allah kesedihan.
*Ramai dikalangan manusia sekarang yang sering melupakan Allah ketika mana berada di dalam kesedihan. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk menghilangkan kesedihan, kebimbangan hati dengan memilih jalan yang tidak diiktiraf oleh Islam. Contohnya, ramai yang berfikiran cetek bahawa dengan membunuh diri atau membunuh jiwa lain dapat menyelesaikan masalah. Marilah sama-sama kita mengamalkan apa yang telah diajarka oleh baginda nabi saw ini. Ini kerana apa sahaja yang telah dijanjikan oleh baginda nabi merupakan satu kebenaran. Jom kita berusaha ke arah mencari keredaan Allah dengan melakukan perkara-perkara sunnah dan menjauhi bidaah.
zakaria
10/7/5
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ
Di dalam taqwim Islam, terdapat 12 bulan yang menjadi panduan seharian umat Islam. Bulan-bulan Islam tersebut dimulai dengan bulan Muharram diakhiri dengan Zulhijjah. Saban tahun umat Islam pasti akan melalui bulan Sya’ban ini. Bulan ini. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw lebih banyak berpuasa pada bulan Sya’ban diikuti pula dengan berpuasa penuh pada Ramadan. Tidak pula dinyatakan bahawa baginda berpuasa tiga bulan berturut-turut dari bulan Rejab hingga bulan Ramadan. Di dalam riwayat di atas dinyatakan oleh Umm al-Mukminin bahawa beliau tidak pernah melihat baginda nabi saw berpuasa lebih banyak pada bulan-bulan yang lain kecuali bulan Sya’ban. Hadith yang dibawakan di atas diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, di dalam kitab puasa. Justeru sebagai seorang muslim yang mengaku menyayangi baginda tentulah akan mengikut jejak langkahnya sebagaimana para generasi tiga kurun pertama dan para ulama terutamanya yang sentiasa menyibukkan diri dengan mengkaji hadith-hadith baginda. Namun tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban sedangkan tidak pada bulan lain.
عن أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Jelas pada hadith di atas menunjukkan baginda merupakan seorang insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah walaupun baginda telah dijanjikan pengampunan dosa-dosanya dan memiliki sifat maksum sebagai seorang nabi. Riwayat di atas telah diriwayatkan oleh al-Nasa’i di dalam sunannya di dalam kitab puasa dan dinilai sebagai oleh syeikh al-Albani. Hadith di atas menerangkan betapa baginda tidak selesa jika amalannya dinaikkan untuk dipersembahkan kehadapan Allah tanpa berpuasa kerana jelas baginda bulan tersebut adalah bulan di mana amalan-amalan manusia di angkat ke hadrat Allah dan baginda sendiri mahu amalannya diangkat dalam keadaan baginda berpuasa. Justeru marilah sama-sama kita berusaha untuk perbanyakkan berpuasa pada bulan Sya’ban yang bakal menjelma tidak lama lagi disamping sebagai penghias kepada amalan kita yang bakal dinaikkan ke hadrat Ilahi juga sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadan.
hehe arini bait al-sa'adah nak mengiklankan satu jawatan kosong!!..
haa sapa2 yg rase2 dirinya xder pekerjaan lagi silalah isi jawatan tersebut ek..
tp kan, rasenyer jawatan nih mmg diawjibkan untuk setiap org Islam yg dah berakal untuk isi jawatan tersebut laa.. hehe
lau kiter apply tuu ganjaran dier tersangat lah lumayan.. silap2 melebihi perdana menteri.. haaa..
apa tunggu lagi mai lah kiter sama2 merebut jawatan tersebut.. hehe
=)

dah lma rasenyer xupdate dalam neyh..
bkn xnak cumer xberapa nak ader masa nak update mende nih ha.. k lah.. kali nih sy rase cm nak cerita pasal sikap manusia nih yg kadang2 suka sgt berburuk sangka.. betol x..
bkn apa lah kan tp ni mmg realiti keadaan kt dunia nih..
sy pown xterlepas gak dr sikap nih tp cumer nye marilah kite sama2 menginsafi diri cuber untk mengubah abiat buruk tuh kan..
ade juga riwayat yg mengatakan "jauhilah kamu daripada berperasangka, kerana ianya adalah seburuk2 perkhabaran"..
apa tidaknya, cube kite bayangkan lau cnthnyer la kan, kwn kiter terlambat untuk dtg pd temu janji yg ditetapkan, pastu kite akn memikirkan yg bukan2 atau yg buruk2 mengenai kwn td sbb die lewat.. sedangkan hakikatnya kite xtahu apa keuzuran yg menimpa kwn td sehingga menyebabkan die terlewat untuk datang pd temu janji tersebut..
jadinya marilah kite sama2 membuang jauh2 sikap nih, sbb ianya berupaya untuk mencetuskan perasaan dengki mendengki antara sesama manusia..
begitu juga org yg suka tuduh menuduh org lain tanpa usul periksa juga adalah satu sikap yg membahayakan kerana boleh menyebbakan perpecahan disamping kita boleh menkalsifikasikan org yg suka membuat tuduhan melulu adalah org yg pengecut kerna ingin menutup kesalahan diri dengan memburukkan org lain..
oleh itu marilah sama2 kita berusaha memegang tali sunnah sahih dari insan kamil kekasih Allah dgn erat.. semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan kepada org yg mnegikut sunnah Rasulullah saw... =)
ok sebelum tu nak tnyer la..
korang mestilah dari umo 7 taun smpailah umo 17 taon sentiasa bergelumang di alam persekolahan .. betol x..?
masa korang pown bnyak dihabiskan kt sekolah kan.. betol x..?
sesi pagi ada kt sekolah.. petang ada kt sekolah.. sabtu pown ada kt sekolah untk aktiviti ko-ko..
masa korang sbg pelajar banyak diluangkan disekolah bersama dgn kwn2 sekolah & beribu bapakan dgn guru2..kan..
korang akan tgk guru korang ari2 kan..smpai rase cm nak jemu jek..

tp korang tawu x betapa seorang guru tu hatinya sama mcm perasaan seorang ibu bapa yang sebenar.. wlaupun guru tu masih anak dara o bujang tp hati dier pada pelajarnya sama mcm naluri keibu bpaan..
oleh itu jagalah hati guru anda sama seperi anda menjaga hati orang tua anda..
jgn ucpkan kata-kata yang blh mengguris hati guru anda.. n bergaullah dengan mereka dgn pergaulan yang paling sopan sama mcm anda bergaul dgn ibu bapa//..
OLEH ITU SAYANGILAH GURU ANDA.. ;)
bait al-sa'adah dengan ini mengucapkan kepada semua guru2..
harap rakyat Malaysia khasnya sihat-sihat belaka.. ;)
korang sumer sayang ngan mak x...?
soalan mencabar nih kan.. huhu
mestilah sayang kan..
mana ada manusia yang xsayang ngan mak masing2.. ;)
korang sumer mesti ada yang xigt kan ngan hari IBU..
kiter kt Malaysia akan sambut hari ibu pada 10 mei nih kan..
so apa perancangan korang..?
harap2 jgn ada yang terlepas pndang ngan hari IBU ni.. huhu
sbb apa sy ckp jgn smpai terlepas pndang..?
sbb ibulah yang menyayangi kiter dgn curahan kasih sayang yg banyak..
kalo ada yang ckp mak dia xsayang dier sbb selalu kene marah..
mak marah2 tuh bkn tanda xsayang tp itula tnda kasih sayang mak pada anak2nya..
mak kiter tuh nak yang terbaik untuk anak2 dier...
jadinya mestilah mak akan marah kan kalo anak2 dier buat bende2 yang dilihat sebagai sesuatu yang kurang baik untuk anak2 mereka.. ;)

Islam sendiri mengajar kiter supya sntiasa mencurahkan kasih sayang kiter kepada ibu bapa kan..
xbg ckp dgn perkataan yang kaso2..
xblh nak bantah, apa lg nak herdik org tua sendiri..
lg lah dilarang.. :)
akhirnya.. marilah sama2 kiter imbas dan igt semula jasa2 dan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu kiter semata2 nakkan yang terbaik untk anaknya.. :)
marilah sama2 kiter mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup mereka.. :)
seharusnya perkara sebegini tidak berlaku selagi mana masing bersifat 'insaf'.. iaitu bersederhana di dalam setiap aspek.. menghormati pandangan orang lain.. dan menegur dengan cara yang ilmiah dengan mendatang dalil2 yg disepakati dan cara penafsiran nas yang betul.. bukan dengan terus menyerang mana2 pihak yang tidak sealiran dengan kita atau yang tidak berpegang dengan apa yang dipegang oleh kita..
jgnlah terlalu ghairah untuk menghukum orang lain sebagai sesat selagi mana mereka beriman bahawa Allah sebagai tuhan dan nabi Muhammad sebagai rasulullah.. ini tidak, masing2 saling salah menyalahi antara satu dengan yang lain.. sewajibnya umat Islam menjadi satu ummah yang bersatu bukan berbalah..
bukan yang saling tuduh menuduh dengan tohmahan yang pelbagai malah ada yang saling membenci antara satu dengan yang lain..
jika kita perhatikan di Malysia khasnya seolah2 ada satu fenomena di mana [puak asya'irah] dan [puak wahabi] saling berbalah dan saling salah menyalahi..
perlu ingat sebagai umat Islam penyatuan adalah tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam.. dan tidak terlalu taksub atau dalm erti kata lain ekstrem dgn mana-mana pihak.. terutamanya kepada 'ustaz2' yg menjadi rujukan orang awam perlulah menanamkan sifat ta'adil (bersederhana dan tidak ikut membuta tuli pada mana2 pihak dan tidak mudah menyalahkan orang lain) dalam diri masing2 dan juga menyeru kepada orang yang didakwah kepada sifat tersebut..
sifat ekstrem bknlah satu sifat yang patut dibanggakan.. malahan ianya mampu menjadikan agama Islam kucar kacir.. bkn setakat [ekstremes wahabi] sahaja yang perlu dibanteras malahan mana2 ekstremes juga perlu dinasihati agar tidak meneruskan sikap tersebut sama ada dari [ekstremes asy'ari] atau [ekstremes mazhab2 spt mazhab hanafi, maliki, syafi'i dan juga hanbali]
krn dgn adanya sifat ekstremes inilah akan berlakunya pergaduhan dan perpecahan antara umat Islam krn masing2 tidak mahu beradab dan bertolak ansur dlm mempertahankan hujah masing2.. sdgkan spt yg telah disebutkan di atas bahawa untk menegur mana2 pihak perlulah dilakukan dgn bersopan dan mendtgkan hujah2 dan dalil2 yg kuat untk menolak hujah lwn..
assalamualaikum..
em nak buka story lah sikit nih kan..
kan baru2 nih nga hangat sal cerita aderla premis2 jualan yg berani2 buka kedai alat sex..
bukan apa, ianya sangat2 lah merbahaya terutamanya bagi org2 yg ketandusan sex ni haa..
diorang nih umpama org ngantuk disorong bantal..
mana tak nya, niat untuk buat sex didorong dgn alatan2 sex yg secara terang-terangan dijual.. lg lah bersemangat nak buat keje kan..
umpama xmelakukan kesalahan apa2 walaupun dorg bersekedudukan tnpa nikah.. tak kira lah org tuh Islam ker, buddha ker, keristian ker bahkan hindu ker..
cmni je la.. walaupun ada yg kata "eh ak buka kedai nih untuk org2 yg dah kawen je" tetap xmenghilangkan keburukan kecuali taukeh kedai tuh periksa sijil nikah bagi setiap pelanggan nya.. tp untuk menutup kemungkaran berlaku sebaiknya tutuplah pintu2 yg menhala ke arahnya.. sebaiknya alat2 safty-sex nih diuruskan oleh farmasi2 yg diiktiraf atau diseliakan oleh satu badan untk perancangan keluarga..
harap2 bdn berkuasa buka mata dan pandang jauh ke hadapan terhadap nasib anak muda kita nnti..
jgn smpai nnti budak sekola rendah dah berani masuk kt kedai2 cmni dan seterusnya berani melakukan perlakuan2 yg xbermoral barulah nak amik tindakan..
Selamat menyambut maulidurasul. Baru2 nih kita umat Islam bergembira bersempena dengan keliharan seorng insan yang sgt berjasa kepada semua makhluk dibumi ini. Nabi Muhammad insan kamil yg tlh membawa cahaya dan menjadi suri tauladan yg terbaik kepada seluruh manusia.
Tidak kiralah sama ada 9Rabi' al-awal atau 12Rabi' al-awal (sy lebih memilih 9hb) tetapi yg penting adalah penghayatan dan bagaimana kita nak membuktikan yg kita ni sgt syg kepada baginda. Pd pndpt sy bukanlah perarakan sbg tnda kasih kita kpd nabi tetapi dgn mengamalkan sunnah2 baginda. Sunnah dr hadith2 baginda yg sahih. Mnjadikan diri kita sbg benteng drpada anasir2 jht yg cuba memporak perandakan kesucian dan kemurnian Islam dgn perkara2 baru yg dikan dgn nama Islam.
Sebagaimana segelintir rkyat Malaysia yg berkomentar bahawa ustaz Nik Abd Aziz bknlah ulama yg sebenar. Berikutan kenyataan beliau tidak menyokong perarakan sempena maulidurasul diadakan.
Pd pndpt sy tanpa perarakan juga majlis maulidurasul tetap sempurna kerana tujuan sebenar majlis sambutan diadakan adalah untuk memperingati baginda Nabi dgn mendengar kisah2 baginda dan menyebar luaskan sunnah2 baginda. Ianya akan dpt melalui ceramah2 bkn dgn perararakn.
Malaysia merupakan negara yg makmur..alhamdulilah..
bebas drpda sebarang paksaan atau sekatan untuk mengamalkan cara hidup ISlam tapi rakyat dinegara ini segan silu untuk mengamalkan cara hdup Islam. Kita jengah seketika kehidupan muslim di Perancis dan di Amerika. Mereka hidup dlm tekanan, tekanan persekitaran, tmpt kerja dn jiran tetangga. Namun mereka masih tetap mahu memperjuangkan hak kehidupan mereka sbg muslim. Justeru kita wajib bersyukur dgn semua nikmat yg telah kita kecapi ini.
Baru ni kita digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak yg malang. Kematiannya Sgt sayu mendengar berita tersebut. Apa salah kanak-kanak tersebut sehinga sanggup didera, ditendang, dicucuh dgn api rokok!
Sampai bila fikiran umat Islam akan menjadi matang dgn mencontohi sifat penyayang baginda. Sehinggakan dimedan peperangan baginda berpesan kepada tenteranya agar tidak disakiti kanak2, perempuan, org tua, rumah ibadah dan tumbuhan. Tetapi cuba lihat keadaan kita skrg, miskin dgn sifat kasih syg. Lebih memeranjatkan yg mendera adalah teman lelaki ibunya! Bukan bapanya! malah telah mendapat seorang anak yg tidak sah taraf hasil perkongsian hdup secara haram selama 6tahun! Sgt memilukan..
akhirnya marilah sama-sama kita renungkan sebuah hadith qudsi- "Wahai hamba2Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diriKu dari berbuat zalim dan Aku juga telah mengharamkannya kepadamu, oleh kerana itu janganlah kamu saling berlaku zalim" (riwayat muslim)
dilaporkan disebabkan penderaan.
butiran permata nan indah~
jangan tak klik!!~
UM~~is one!
-
Besarnya Pengampunan Tuhanku al-Ghaffar14 years ago
Kinabalu~~hungga!
-
KONSTRUKSI11 years ago
-
apa dah jadi dengan blog ni?11 years ago
-
saya budak sains14 years ago
-
-
UP is marvelous!!!!17 years ago
-
-
kengkawan lama
lelaen..
-
-
-
-
-
TIME COUPLE VS DAH BREAK14 years ago
-
-