"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

penafian!!

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ

Jauhkanlah diri kamu dari berperasangka, sesungguhnya sikap berperasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan. (diriwayatkan al-Bukhari)

Baru-baru ini Malaysia digegarkan dengan satu kenyataan bahawa salah satu daripada universiti bertaraf antarabangsa yang telah beroperasi di Malaysia bukan mengajar ajaran Islam yang betul. Bahkan ada yang mendakwa bahawa universiti ini telah merekrut puak pelampau wahabi. Berdasarkan kepada hadith di atas kita dilarang sama sekali untuk bersangka-sangka yang bukan-bukan lebih-lebih lagi kepada sesama saudara kita seIslam.

Malah di dalam hadith yang lain menyebut kita perlu menyayangi saudara kita.

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (riwayat al-Bukhari)

Islam mengajar penganutnya agar sentiasa berkasih sayang, bukan pergaduhan. Bagaimana hendak mencapai kesatuan jika sentiasa mengutamakan perbalahan.

Sekiranya terdapat sedikit perbezaan perlulah diselesaikan dengan baik dan merujuk kepad sumber tertinggi iaitu al-Quran dan sunnah. Dengan menjadikan Rasulullah sebagai qudwah nescaya tiada manusia yang busuk hati sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Berikutan perkara ini, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana yang telah dipetik dari surat khabar utusan telah menafikan bahawa institusi tersebut (Universiti Antarabangsa al-Madinah) telah menyebarkan fahaman wahabi. Ini kerana institusi ini telah pun mendapatkan pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia.

Justeru marilah sama-sama kita menginsafkan diri mengamalkan akhlak yang terpuji dengan sentiasa bersangka baik dan tidak menjadikan saudara kita seIslam sasaran tohmahan fitnah.


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews