"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)


Palestin..

Bumi yang dikelilingi oleh keberkatan

Bumi tempat berpijaknya para nabi yang mulia

Bumi laluan perjalanan Rasulullah ke langit

Bumi masjid al-Aqsa yang suci

Namun Zionis yang dilaknat telah melahap kebahagiaannya

Kebahagiaan yang sepatutnya dinikmati oleh semua makhluk

Kelihatan kanak-kanak hiba meratapi tubuh ibu bapa syahid kerana Allah

Kelihatan ibu meratapi anak-anaknya jihad kerana Allah

Kelihatan bapa mendukung anaknya yang menjadi mangsa kegilaan musuh Allah

Kelihatan datuk meratapi nasib tuanya yang bakal dijemput oleh Allah

Kelihatan nenek mengalirkan titisan mutiara mengenang kudratnya semakin hilang untuk terus berjuang

Kedengaran singa Allah menyejukkan hati ibunya

“Jangan risau ibu.. kami akan mencapai kemenangan atau syahid lillah”

“Wahai ibu berilah kami semangat.. jangan bersedih..”

“Jangan risau ibu.. dunia bukan pemisah saya tunggu ibu di syurga”

“Wahai ibu janganlah menangis dengan pemergian saya..”

“Jangan risau ibu.. kami berjuang kerana agama Allah maka Allahlah yang akan menjaga kami”

Kanak-kanak Palestin berjuang untuk mendapatkan kebebasan tempat tumpah darahnya

Kami tidak akan berundur

Untuk mempertahankan yang hak dan menegakkan kalimah tauhid

Kami tidak akan berundur

Semoga Allah memberikan kami kekuatan

Hari demi hari malam berganti malam

Kami tidak akan berundur

Semangat kami akan terus membara

Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mujahid kami..


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews