"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

1900 sebelum masihi-
Nabi Ibrahim membawa sinar tauhid ke tanah suci Palestin kira-kira 1900 tahun sebelum masihi dan menjalin hubungan baik dengan pemerintah Baitul Maqdis ketika itu. Malki Sadiq yang berpengaruh.

2500 sebelum masihi - masyarakat Canaatites berhijrah secara beramai-ramai dari tanah Arab ke Palestin dan menjadi perintis kewujudan Palestin. Mereka mengasaskan lebih kurang 200 buah bandar dan kampung di Palestin seperti Beisan (Beit Shean), "Asqalan (Askelon), "Akka (Acre), Haifa, al-Khalil (Hebron), Asdud, Bir al-Saba" (Beer Shaba) dan Beit Laham...

BUMI BARAKAH 1

Isu palestin perlu berada di dalam diri setiap muslim. Ini kerana ianya berkaitan dengan maruah kaum muslimin seluruhnya. Sekiranya kita tetap berdiam diri dengan keadaan yang belaku di Palestin maka kita telah mengabaikan saudara kita!

Rasulullah pernah berpesan kepada kita sepertimana yang telah dirakam di dalam sahih Muslim

وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ

[hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Setiap orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain] (hadith riwayat Muslim)

Bagaimana kita mampu berdiam diri melihat dan mendengar SAUDARA kita sedang disiksa dari segi mental dan fizikal. Kanak-kanak terhalang dari ke sekolah, makanan yang berkhasiat sangat sukar didapati bahkan kehidupan mereka seperti pelarian di negara sendiri. Semua ini adalah hasil penangan rejim zionis yang kejam dan bercita-cita untuk menguasai Masjid al-Aqsa. Namun realitinya suasana sekarang, umat Islam telah telah dipakaikan dengan hijab keseronokan dan hiburan sehingga tertutup semua penderitaan saudara sendiri. Malah terdapat juga sebahagian umat Islam yang bahagia dengan limpahan air laut yang banyak untuk diminum sedangkan semakin banyak diteguk maka akan semakin rasa haus, begitu juga dengan sogokan oleh zionis kepada dunia Islam seperti limpahan kekayaan dan hiburan yang pada zahirnya nampak menyenangkan namun ianya hanya menyusutkan nilai keimanan dan keislaman seseorang muslim. Justeru marilah sama-sama kita menyemat di dalam otak pemikiran kita untuk membantu saudara kita walau dengan apa cara sekalipun.


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews