"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

ulama hadith




hari nih adalah hari perayaan mingguan bg umat Islam..

kowang knl n musti tau kan apa tuu hadith..
hadith tuu ringkasnya adalah apa2 perkataan yg keluar dr mulut nabi Muhammad atau perbuatan baginda atau iqrar baginda.. malah sifat2 baginda juga termasuk dalm kategori hadith..


ok lah, sblm nii sy ada mengisytiharkan peperangan kt hadith2 daif.. xkire lah apa jenis hadith tu pown sama ada hadith mawdu' ker, hadith mursal ker, hadith munkar ker..

ulama hadith atO muhadithin atO pon ashab al-hadith atO ashab al-sunnah merupakan pendukung2 hadith dan sunnah nabi.. merekalah pembela kewibawaan nabi Muhammad saw..

ulama hadith merupakan satu kurniaan Allah kepada umat Muhammad yg mana mereka ni bekerja keras untuk menentang apa jua bentuk bidaah dan tokok tambah di dalam agama..

pd awal zaman pengumpula hadith, golongan ulama hadith ini lah yg bekerja keras pergi dari satu daerah ke satu daerah, dari satu negeri ke satu negeri dan dari negara ke negara lain semata2 untuk mengumpulkan hadith2 nabi Muhammad..
tidak cukup setakat itu.. mereka juga menilai, menimbang tara, meneliti, mengkaji hadith yg diterima malah sanggup menghabiskan seluruh hidup untuk berkhidmat dgn hadith sama ada menyampaikan melalui lisan mereka atau melalui karya2 mereka..

malah tidak keterlaluan jika dikatakan ulama2 hadith ini merupakan benteng pertahanan bagi hadith2 nabi dari serangan musuh2 Islam atau musuh dlm selimut iaitu org2 Islam yg mereka hadith2 palsu lalu dikatakan "ini adalah dari nabi Muhammad"..

ulama2 hadith juga merupakan org yg sangat meneladani sunnah rasulullah, pembela syariat sahih nabi malah ahli hadith merupakan org yg sgt berpegang dan meyakini manhaj nabi di dalam apa jua lapangan urusan..

al-Sabuni pernah berkata: "ahli hadith meneladani Nabi dan sahabatnya. Mereka meneladani generasi salaf yang saleh dari para imam dan ulama kaum muslimin. Mereka berpegang teguh kepada agama yang kukuh dan kebenaran yang pasti. Mereka membenci ahli-ahli bidaah yang sering mengada-adakan sesuatu dalam persoalan agama" (aqidah al-salafi ashab al-hadith)

Sufiyan al-Thauri juga pernah berkata: "aku tidak mengetahui suatupun yang dipersembahkan kepada Allah melebihi (dariapada mempelajari dan mengajar) hadith."

imam Syafie juga ada berkata: "kamu hendaklah bersama ashab al-hadith. Merekalah orang yang paling tepat."

imam Ahmad pula berkata: "tidak ada satu kaum pun disisiku yang lebih baik daripada ahli hadith."

al-Khatib al-Baghdadi menyatakan bahawa "seandainya ulama hadith tidak menjaga hadith-hadith, tidak mengumpulkannya, tidak mengeluarkan kefahaman daripadanya (fiqh hadith), dan mengamati sanad-sanadnya nescaya terbatallah syariat Islam dan hilanglah hukum hakamnya kerana semuanya itu diambil dari hadith-hadith yang dihafal (dan terjaga) yang diriwayatkan (oleh mereka)..

tetapi nampaknya kebelakangan nii, tidak sikit yg kurang senang dgn org2 yg berkecimpung dalam arena hadith ini malah mereka dituduh dgn berbagai tuduhan dan tohmahan semata-mata kerana mereka berpegang dgn hadith nabi yg sahih dan bercanggah dgn mana-mana pendapat mereka yg bertentangan dgn hadith nabi..

kiter perlu mengucapkan terima kasih kepada ulama2 hadith krn mereka telah bertungkus lumus memastikan hadith2 yg menular dan tersebar dikalangan orang awam adalah hadith yg sahih belaka dan secara tidak langsung membasmi penularan hadith2 yg daif lagi palsu..

0 comments:


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews