"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Aurora~


hari nih dah nak blk.. tak taw lah bile dpt nk update Bait al-Sa'adah ni lg..
mgkn seminggu dr sekarang gaknyer lah kowt sbb kt umah takde kemudahan internet.. =)
tp xper lah kan sbb dpt blk jumpe mak abah..hehe



nak igtkan lah skg ni kan kononnya ada perjanjian damai antara Palestin ngan Israel  kan..
mmglah nmpk mcm bgos jek Israel tuh sbb bersetuju nk terima perjanjian damai ngan genjatan senjata tuh kan tp klo kita perhatikan betol2 sejak dr dulu lg keturunan Yahudi nih mmg xkan pernah nk berbaik ngan org laen lg2 lah ngan org Islam, lg2 lah yg berfahaman zionis nih..
diorg nih mesti ada muslihat disebalik sumer nih, mesti punyer lah!!



oleh itu kite takleh nk bersenang & berlapang dada ngan sumer nih (perjanjian damai n genjatan senjata)..
kita sebagai org Islam kene bersiap sedia ngn sebarang kemungkinan yg akan dilakukan oleh Israel & sekutu2nyer tuh!!
jgn sekali2 pernah rasa nak berkawan n berbaek2 ngan zionis!!
sbb dia takkan pernah ada niat walaupun sesaat untuk berbaek ngan org Islam lg2 lah ngan penduduk Palestin sbb perjuangan zionis nih adlah merampas hak pemilikan Baitul maqdis dan pembentukan negara bangsa Yahudi..
so..(so what!!) haha
so diorg takkan pernah ada niat betul2 nk berbaek ngan kaum Muslimin sbb diorg belom dpt hak pemilikan penuh Baitul Maqdis.. diorg pown berjihad untuk dptkan Baitul Maqdis tu ha..
so (so lg..)
so org Islam kenelah mempersiapkan kelengkapan perang yg kuat dan secukupnya sbb tidak mustahil Israel bakal mnyerang Palestin lg kan..


(apa kene mengena gambo nasi lomak ni ek)

haa gambo ni plk mmg ada kene mengena ngan Palestin!
sbb klo kita tgk nasi lemak nih mmg sodap kan, ngan ayam.. sambal yg umphh!! ikan bilis n mentimun!! nyam2..
tp kt Gaza Palestin dorg berpeluang ker nk mkn mknn yg sedaap2 setiap masa?? jwpannya mestilah tidak!!
diorg setiap hari mendengar dentam dentum!! (bukan dentam dentum bunyik mercun ek tp bunyi BOM!!)
setiap ari mengelak dr ujan peluru!!
setiap ari mkn apa yg ada aje.. tak pernah terpikir nk mkn mknn sedap sekadar hanya cukup untuk alas perut untuk meneruskan hidup untuk beribadat n berjihad!! ALLAHUAKBAR!!

lg 1 amalan membazir nih mmg agak surius..
mmbazir nih bkn lah amik nasi lebih tp tak makan abes..
ataupun beli kete BMW baru..
mubazir nih ialah mengambil atau membeli apa yg kita tak perlukan!!
misalnya nelayan membeli kete BMW.. padahal pndpatan yg dia ada lebih diperlukan oleh anak dan kuage tp dia dah membazir beli BMW n sumer pndptn dia lari ke pmbayaran BMW td n sekaligus mengabaikan ank bini..
tp klo menteri atau CEO syarikat besar2 beli kete BMW kn lah namanya membazir sbb dia mmg memerlukan dan pndptn dia cukup untuk menampung kete, anak dan bini.. tp klo sekalipun pelakuan dorg nih tak dinamakan mubazir, mereka dikategorikan sbg boros sbb berlebihan dlm perbelanjaan (mknanya cukuplah sekadar beli kete yg lebih murah dr BMW walaupun dia berkemampuan beli BMW)..

ok lah pikir2 kan dn slmt beramal..

hidop dlm dunia nih pasti akan dpt ujian dr Allah,
tak kire lah manusia tuh org bese2 je ke,
org yg ada pangkat tiggi ke,
org yg ada kedudukan tinggi ker (mcm raja),
org kaya,
org mesekin,
org ada ilmu,
org takde ilmu..
sumer dia org tuh pasti akan menerima ujian dr Allah tuhan semesta alam..
ujian yg Allah bg nih plk ada bermcm2 tujuan..
antaranya lah kan, klo ulama atau org Islam yg ditimpa musibah..


maka musibah tu lah sebenonya ujian yg Allah bg..
Dia nk tgk sama ada hamba Dia nih tahan ker tak ngan ujian yg Dia bg..
jika kita sabo ngan ujian yg Allah bg td tuh maka kita akan dpt kasih sayang dr Allah..
darjat kedudukan kit pown akan diangkat, kesalahan2 diampunkan dan akan diberikan hal yg lebih baik dr sblm kita mendapat ujian tersebut..
ujian yg Allah bg kt org Islam bertujuan untuk memberi peringatan agar
menghentikan diri dr melakukan dosa2 (maknanya Allah masih syg kt org tuh sbb Dia msh lg nk bg peringatan agar segere bertobat..
klo org tuh mmg terkenal dgn kesolehannya dan mndpt ujian gak maka tidak lain ujian tersebut adalah untuk mengangkt dan memuliakan kedudukan org tuh di sisi Allah dan penduduk langit..
tp klo ujian atau musibah dtg jatuh kt org kapir sah lah ujian tuh sama ada untuk memberi peringatan tentang kekapirannya atau untuk membalas segala kezaliman yg dia
lakukan kt atas muka bumi nihh mizalnya mcm menyekutukan Allah,
tidak mempercayai dan mengakui kebenaran ayat2 quran..

INTIFADA..!!!

Palestin..
638M
di bawah pemerintahan Umar al-Khattab, seluruh Palestin dimerdekakan dr penjajah Rom. seterusnya penduduk Palestin yg Islam dan bkn Islam hidup aman dibawah pemerintahan khalifah Islam. kebebasan beragama dijamin..

1896
Theodore Hertzl mewujudkan sebuah doktrin baru zionis sebagai gerakan politik untuk mendirikan negara Yahudi

1897
Theodore Hertzl menggelar kongres zionis dunia pertamadi Basel, Swissland. Peserta mengeluarkan resolusi bahawa umat Yahudi tidaklah sekadar umat beragama namun adalah bangsa dengan tekad bulat untuk hidup secara berbangsa dan bernegara. Dalam resolusi itu, kaum zionis menuntut tanah air bagi umat Yahudi pada 'tanah yg bersejarah bagi mereka'.

1901
Theodore Hertzl pemimpin ulung Yahudi ketika itu mempersembahkan sejumlah wang kepada bendahara negara sebagai imbalan membolehkan wujudnya penempatan Yahudi di Palestin. Khalifah Abdul hameed mnolak imbalan dari Theodore Hertzl tersebut disertai dengan perkataan khalifah yg masyhur "Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dr tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk ummah Islam seluruhnya. Ummah Islam yg tlh berjihad demi bumi ini dan mereka tlh membasahinya dgn darah2 mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya khilafah Islam ini dimusnahkan suatu hari mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayara! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dr negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yg tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong2 tubuh kami selagi kami masih hidup"


1917
menteri luar Britain keturunan Yahudi, Athur James Balfour, dlm deklarasi Balfour memberitahu pimpinan zionis Britain, Lord Rothchild, bahawa Britain akan memperkukuh pemukiman Yahudi di Palestin dlm membantu pembentukan tanah air Yahudi. Lima tahun kemudian Majlis Bangsa-bangsa (PBB) memberi mandat kpd Britain untuk mengusai Palestin

1947
PBB membenarkan pembahagian Palestin menjadi dua negara: Arab dan Israel

14 Mei 1948
para penduduk Yahudi mengisytiharkan kemerdekaan negara Israel, melakukan senjata terhadap rakyat Palestin. Jutaan dr mereka terpaksa menjadi pelarian di Lebnon, Jordan, Syria. Mesir dan lain2

2 Disember 1948
bantahan Liga Arab atas tindakan AS dan sekutunya membantu zionis. Pd waktu itu, ikhwanul muslimin (IM) di bawah Hassan al-Banna mengirim 10000 mujahidin untuk berjihad melawan Israel. Usaha ini kandas kerana dihalang oleh kerajaan Mesir

29 Oktober 1956
Israel dibantu Inggeris dan Perancis menyerang Sinai menguasai terusan Suez

1964
para pemimpin Arab membentuk PLO (Palestin Liberation Organization). Dengan ini secara rasmi, nasib Palestin diserahkan ke bahu bangsa Arab-Palestin sendiri dan tidak lagi umat Islam. Masalah Palestin dijadikan maslah nasional

1967
Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria selama 6 hari dgn alasan menghalang pencerobohan. Israel berhasil menawan Sinai dan Gaza (Mesir) dataran tinggi Golan (Syria) Tebing Barat dan Jerusalem (Jordan). Israel dgn mudah menghancurkan angkatan udara musuhnya krn informasi dr CIA

September 1978
Mesir dan Israel menandatangani perjanjian Camp David yg diusahakan oleh AS. Perjanjian itu menjanjikan autonomi terhad kpd rakyat Palestin di wilayah-wilayah yg diduduki. Sadat dan PM Israel Menachem Begin dianugerahi Nobel Perdamaian 1979


1982
Israel menyerang Lebnon dan membunuh ratusan pengungsi Palestin di Sabra dan Shatila

1987
Intifadhah, perlawanan dgn batu oleh org2 Palestin yg tinggal di daerah pendudukan terhadap tentera Israel mulai meledak. Intifadhah ini dimulai oleh Hamas
1994
pembunuhan warga Palestin yg sedang solat di Masjid al-Khalil oleh Bruch Golgstein. Israel dan Jordan menandatangani perjanjian damai



2006
Hamas memenangi Pemilu Palestin. Ismail Haniya menjadi PM. Pemerintah Hamas diboikot oleh barat dan negara-negara Arab krn tidak mengakui kewujudan Israel dan perjanjian damai

2007
terjadi perbalahan antara Hamas dan Fatah. Dipersetujui deklarasi Mekah untuk menghentikan perbalahan. Dlm masa yg sama Israel meneruskan usaha sistematik menghancurkan Masjid al-Aqsa

lancang kuning!!


selamat pagi Malaysia!!!
huhu (bkn 'Malaysia' ad mulot n bole jwb pown kan)..
slmt pagi rakyat malaysia..
arini xtaw lah nk tulis apa tp pape pown ada sorg pensyarah ni penah bagi nasihat klo kita nk mengasah bakat kiter dlm penulisan n nk jadikan penulisan kita smkn ari smkn menarik,
kene la latih diri menulis setiap ari walau satu ari sepatah kata..
haa power tak!! Pn. Rawdhah nih mmg lah sorg lect yg baik ati n peramah plk tuu..
setiap kali kelas dia mesti dia akan bg nasihat2 yg bergune kt kitorang..

tak bpe ramai pown yg amik subjek tuu,
ada lah dlm sembilang org..
dia ckp subjek tuu mmg dr dulu smpai la ni tak pernah nak ramai
sbb tak ramai yg minat menulis atau ramai yg dah pndai menulis..
huhu..
walaupun kegembiraan tetap menjadi tonggak utama
yg perlu dipaparkan kt muka yg tak ensem nii..
dukacita tetap masih ada tp cume simpan je lh dlm ati lepas tuu kunci dgn berpuluh2 mangga!!
bio sush nak dikeluokan kan 'dukacita' tuu..
bio lah org ckp 'eh dia nii relax je mcm takde mslh laa'..
atau pun 'eh dak ni tak pernah ada mslh ker dlm idop dia'.. kahkah
mengong btol..huhu..
tp seharusnya cm tu lah kan yg terbaik (pd pndpt sy laa)
kita smpan mslh yg kita ada dgn rapi n luahkan pd tuhan (paling utama)
lepas tu lepaskan plk kt org2 yg kita purcaya sahaja..
luahan dgn manusia tu bkn krn kita nk menafikan
'hanya kpd Engkau ak sembah dan hanya kpd Engkau ak meminta pertolongan'
tapi semata2 hanyalah untuk melpaskan sikit tekanan mslh 'dukacita'
yg tgh meronta2 mintak dilepaskan (sbb kene mangga td)
supaya ati kita tetap dgn ketenangan & kerelaksan (betol ker perkataan nih??)..

kejayaan Gaza..


alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkn ke hadrat ilahi tuhan yg maha Esa dan maha suci dr segala penyekutuan dan kelemahan..

he2.. rasanya mcm hari ni 20 jan adalah hari yg lain bg sy dan mungkin bg rakyat Palestin sbb hari ni bermula lah semula era pemerintahan pro-m (pro-mahasiswa) di Universiti Malaya nih.. keputusan mlm tadi telah menyerahkan kuasa yg sblm ini di pegang oleh aspirasi atau penggerak mahasiswa (nama baru).. mungkin rakyat Universiti Malaya ni inginkan perubahan agaknya kan.. tp kuasa mutlak ditangan rakyat, so jgn lah sesuka hati mempermainkan rakyat ye.. untuk kerajaan baru Universiti Malaya (pro-m) diharap anda akn meneruskan perjuangan mewakili suara masyarakat kampus dengan adil dan saksama berlandaskan garisan yg tlh Islam gariskan..
bg rakyat Palestin pulak, smlm gak kejadian yg menggembirakan berlaku iaitu pengisyitiharan genjatan oleh Israel berkuat kuasa serta merta.. diharapkan rakyat Palestin dpt mengecapi kehidupan yg lebih tenang tanpa bunyi dentuman bom dan ketakutan peluru sesat yg bersimpang siur.. Allah maha berkuasa dan maha adil.. HANYA Allah yg memiliki kerajaan dan tentera yg paling kuat..



esok adalah hari pengangkatan sumpahan oleh presiden baru Amerika Syarikat.. sume org menunggu2 detik2 bersejarah esok dan sekaligus menamatkan pemerintahan yg tidak bertanggungjawab Bushi.. Barrack Obama dilihat oleh dunia bakal membawa aura positif kpd dunia berbnding dgn Bush TETAPI adkah Obama akn benar2 melepaskn aura positif selama di dalam penggal pemerintahanna atau sama sahaja spt X-presiden yg dulu2.. awal2 je baik tapi lama2 dorg berubah sikap sbb presiden Amerika merupakan salah satu jawatan yg paling berkuasa di dunia ni.. jwtn presiden Amerika bkn sahaja berpengaruh di Amerika bahkan negara2 lain.. mcm tu lah kan manusia lepas dah ada kuasa dalam genggaman PASTI akan berubah sikap dr baik jd lah kurang baik, drpd sompan samtun jd lah kekruangan sikit hajarannya.. tp bukan sue yg jenis mcm nih, tak tau lah kan klo Obama ni mmg jenis yg baik dan akan terus membawa kebaikan atau jenis yg baik tapi lama2 jd tak baik dan terus mmbawa ketidak baikkan atau mmg dia tak baik tapi sengaja menonjolkan kebaikan tapi tetap membawa ketidak baikkannya tu.. sumenya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.. jadi benda yg tidak dpt dipastikan ketetapannya nih seelok2nya jgn lah dipegang dgn terlalu kuat contohnya dugaan bahwa obama membawa dasar pemerintahan yg lebih baik dan lebih berakhlak dr Bush adalah kemungkinan semata2 maka sebaiknya kita menyediakan payung sblm hujan dgn melengkapkan diri atau kuage atau negare dgn sebarang kemungkinan yg bakal terjadi tanpa kita duga dan ketahui..






pertama2 sekali nak ucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya di dalam pilihanraya Kuala Terengganu..tahniah sekali lagi..

yang kedua nak ucapkan tahniah dan selamat menyambut hari lahir yg ke-30 untuk wartawan yg berani (Muntadar al-Zeidi-wartawan Iraq), tapi dia hanya mampu menyambut hari lahirnya di dalam penjara aje.. tapi rasa2nya dia pown dah puas hati gak lah kan sbb dia berjaya memberi hadiah yg paling mahal kpd 'tuan' White House dalam sjrh dunia.. mmg kagum lah dgn Muntadar ni (yakin boleh!!) sbb org lain rasanya tak mmpu nk bagi hadiah yg sama dgn apa yg dia dah bagi kat Bush haha (lontaran kasut hikmat keh5..)
gembira, gembira gak tp jgn lupa saudara kita kt Palestin masih berada di bawah naungan kekejaman Zionis iblis! (tak kesahlah korg nk ngate ak ni takde insuran mulut ke tak, realitinya mmg iblis adalah sekutu rapat zionis sbb mmg sejak dr nabi Adam lg iblis tak pernah suka dgn manusia lg2 lah yg menyembah Allah..!! igt tu!! terbaru zionis masih je serang daerah Gaza tu, masjid dgn skolah pown jd sasaran!! dunia patutnya CELIK MATA dan sedar selama nih sape yg PENGGANAS benonya! masa peperangan Islam dgn kafir dulu, tak pernah tentera Islam buat cmni smpai nk musnahkan rumah ibadat, malah perempauan, anak kecik, org tua, tumbuhan ngan ternakan pown dilarang SAMA SEKALI di usik apa lagi nk dimusnahkan!
masa penaklukan Islam ke atas Baitul Maqdis (2 kali-zaman Umar al-Khattab ngan zaman Salahuddin al-Ayubi) takde pown berlaku penindasan kat org2 bukan Islam, bahkan dorg hidup dalm keadaan aman  tanpa ada perasaan takut pown (malah mungkin lebih baik kehidupan dorg dgn pemerintahan Islam) malah mereka diberikan yg sewajarnya di bawah pemerintahan Islam di Baitul Maqdis.. inilah ibarat kata org2 tua BAGAI MELEPASKAN ANJING YG TERSEPIT! kita dah bagi dia keselesaan, hak2 pendudukan di Baitul Maqdis tp skg dia nk gigit kita plk?! mmg betol mcm anjing lah zionis nih.. tak kenang budi..huh!! mereka sengaja nk cari alasan kononnya nk cari semula Haikal nabi Sulaiman/Temple of the God (klik kt sini) tu sbb lah dorg nk gali2 bwh Masjid tu, padahal niat dorg nk robohkn Masji Aqsa sikit demi sikit..

kerinduan..



.. rindunyer kt rumah ngan ahli rumah.. =)

dah 3minggu dok kt sini.. rasa mcm dah 3bulan je..huhu
minggu depan baru dapat blk rumah.. mksudnyer ak dah sbulan xbalik rumah..
bkn tak seronok dok kt kolej ni ha, seronok banget dgn kengkawan, projek2, tp klo kt rumah ada emak, ada abah..hehe.. klo lah rumah ak dekat2 je dgn tmpt nih kompom ak sanggup ulang alik g kelas dari rumah..huhu.. takyah lah sush2 nk dok menginap kt kolej.. =) tp tu lah kan, stiap sesuatu PASTI ada hikmahnya kan.. Allah maha berkuasa..
lgpon slh satu syarat yg digariskan oleh ulama terkenal ialah perjalanan atau pengembaraan.. dgn cara ni kita akan dpt lebih ilmu.. tp tu lah, sush nk kate tak rindu kt rumah.. kan..



ya ALLAH..
sesungguhnya kami meletakkanMu dibatang-batang leher musuh kami..
dan kami berlindung kepadaMu daripada kejahatan-kejahatan mereka..
ya ALLAH..
leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka..
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka..
goncangkan pendirian mereka..
dan hantarlah anjing-anjingMu ke atas mereka..
wahai Tuhan yang Maha Perkasa..
wahai Tuhan yang Maha Gagah..
wahai Tuhan yang Maha Murka..

ya ALLAH..
ya ALLAH..
ya ALLAH..
wahai Tuhan yang menurunkan kitab..
wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab..
kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka..

ya Allah..




Masjid al-Aqsa



sedih bile pikir kan mslh Palestin ni.. tp sy xdpt nk buat apa2 yg lebih untuk bntu dorg pown.. smoga Allah bagi kekuatan lah untuk sy terus boikot kebanyakan (walaupun tak sume) brg2 dr negare musuh Islam.. negare Israel adalah negare musuh (dorg tu kafir harbi) dan mesti diperangi sbb dia memerangi umat Islam.. so bagi negare2 yg jauh dr Palestin & tak mampu untuk pegi ke tempat kejadian disarankan untuk memerangi eknomi dorg dgn cara boikot lah.. kita kene pertahankan umat Islam dan Masjid al-Aqsa walau cmne carenyer pown.. kite takleh lupa Masjid al-Aqsa tuh salah satu tempat suci kita umat Islam, walaupun dr sejarahnyer tempat tuh pernah jd tempat suci bagi agama Yahudi dan Kristian tp Islam lebih berhak miliki tmpt tu.. tempat tuh adalah tmpt yg diberkati sekitarnya dan kt Masjid tu lah tmpt nabi Muhammad saw singgah dari Mekah masa kejadian Isra' Mikraj.. terbaru pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei telah mengeluarkan fatwa di Iran mengharamkan pembelian produk Irael.. nampaknya pemimpin Iran yg amat mempunyai tempat yg paling tinggi dari segi outoriti dan kedudukan di negare yg berfahaman Syiah ini mengambil langkah untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan produk Israel sbg slh satu strategi untuk menzahirkan rasa bantahan dgn tindakan kejam israel ke atasa penduduk Islam sunni di Palestin.. selain itu kita juga perlu patuh pada ajaran agama yg Allah turunkan ni sbg rahmat dan penyelamat.. klo korang tak perasan lah kan bio sy perasankan bhw Islam ni benonyer penyelamat manusia, nk taw knp? sbb2nyer adalah sperti berikut.. yg utama dan pertama krn ini adalh agama yg diiktiraf oleh Allah (dgn kata mudah ini adalah agama yg rasmi disisi Allah, takde agama rasmi selain Islam dr zaman nabi Adam sampai nabi Muhammad).. Islam banyak masukkan ajarn dan pedoman2 untuk manusia sbg bekalan sama ada bekalan ketika kt dunia mahupun kt akhirat nti.. walaupun nabi Muhammad (sbg pembawa asal Islam) dan wafat, tapi dia ada tinggalkan pusaka yg takkan pernah lenyap dan luput iaitu al-Quran dan sunnah.. nak taw sbb per xpernah luput dan hilang pusaka nih? sbb nabi juga ada meninggalkan pewaris yg sentiasa menjaga pusakan nih iaitu para ulama.. so persoalannya skg, kita mengaku sbg pengikut nabi Muhammad tp dr segi laen kita menafikan sekeras2nya bahw kita adalah pengikut nabi Muhammad sbb ada sesetengh manusia nih tak pernah nak hormat ulama (kan ulama pewaris nabi, ulama lah yg meneruskan dan sentiasa membela ketinggian agama Islam) malah ada lah kt sesetengah tmpt tuh, langsung tak hormat fatwa yg dikeluarkan ulama (klo taknak terima fatwa tuh takyah lah nk tnjuk kepala besar smpai nk cbr ftwa, senyap2 aje  sudeh..).. mmg sedih kan ada manusia cmni..

cube teka...


setiap makhluk PASTI akan rasa cmne rasanya sedih.. =(

takde sape pown yg boleh dan dapt lari dari sedih tuh.. sbb sedih lari lebih laju dari manusia.. sbb tu lah takde manusia yg boleh lari dari sedih.. huhu..
sebenonya td cume selingan jek.. cmni, jiwa manusia nih memang diciptakan untuk merasai gembira..sedih..kecewa..dan sebagainya.. manusia plk ada yg boleh kawal, ada yg tak boleh kawal dan ada gak yg kadang2 boleh kadang2 tak boleh kawal perasaan dia apabila unsur2 gembira, sedih dan sebagainya tuh ada dalam perasaan dia.. selalunya kesedihan nih akan timbul bila kita ada masalah atau terjadinya peristiwa atau perkara yg boleh menimbulkan kesedihan tuh.. contohnya mcm kita ditimpa masalah putus centa kan, mslh yg ada skg ialah keputusan centa, peristiwa yg terjadi diputuskan centa.. jadi dgn tercantumnya mslh dan peristiwa tadi maka terhasillah kesedihan.. dan kesedihan inilah yg akan masuk ke dalam perasaan, hati, jiwa dan sanubari manusia.. maka manusia yg tak pegang tali keimanan dia akan merana dan mesti akan terselit kt celah2 ati dia ckp napa lah tuhan tak adil sbb tak penjangkan jodoh dia.. mesti ada lah korg2 yg putus centa ckp cmtu kan, yg takde bgioslah.. kdg2 smpai ada yg nak bunoh diri sndiri, mslhnya cume putus centa jek kan.. tapi pd org yg pegang tali keimanan plk dia akan dpt terima hakikat keputusan cintaannya(putus cinta) tuh.. walaupun sikit demi sikit kan.. sbb dia taw sume ujian pasti ada kelebihan.. sume kesusahan pasti ada kesenangan.. sume kesedihan pasti ada kegumbiraan.. kesimpulannya banyk2 lah igt Allah sbb klo kita sntiasa igtkan Allah ati kita akan jadi tenang.. kt sini mkna igt Allah tuh bkn semata2 igt cmtuh jek, klo igt cmtu jek mmg lah xd pape yg terjadi.. mkna tersirat dia ialah kita igt Allah sntiasa bermakna kita perlu igt bahawa Allah adalah disebalik apa sume yg berlaku, kita juga kene igt Allah ada nama2 'husna' yg salah satunya Maha Bijaksana.. so Allah lebih bijaksana dgn apa yg berlaku pd manusia, dia j yg taw apa kebaikan dan keburukan stiap apa yg telah berlaku pd kita.. =)



nak dengo 1 cerita tak..?? klo taknak pown takper.. tp nak gak cerita nih.. ptg tadi cm bese lah kan pegi kelas tutorial dengan kuliah.. kuliah nih jadual asalnya pukul 1 tapi pensyarah ni klo boleh nak sangat tuko waktu kol 1 tu pegi kt waktu laen..  sbb dia ckp mmg perinsip dia kol 1 tu adalah waktu rehat.. lagi dia ckp dalam sistem Islam pown ada waktu rehat gak kan cm waktu tengah hari tuh diwajibkan solat zohor sebagai 'waktu rehat' untuk badan kita lepas dari pagi bekerja selain kerehatan tadi ditetapkan oleh Allah sebagai ibadah khusus untuk mengabdikan diri kepadaNya.. lagipun nabi dan sahabat2 kerap mengamalkan qailulah kan (tido kejap waktu tengah ari).. ni pown menunjukkan kita 'perlu' berehat sekejap pada waktu peralihan antara pagi dan petang.. tapi qailulah nih bukanlah satu kewajipan taw, jangan silap sangka plk.. tapi setiap apa yg nabi buat mesti ada kelebihan tertentu kan.. lepas tuh bincang punya bincang tak dapat jalan penyelesaian & terpaksa lah gak wat kelas kol 1 tuh.. nk wat cmne kan..  cmtu lah citenyer.. sekian time kasih..

nih hal laen plk.. huhu.. sejak dari sabtu ritu sehinggalah hari ni banyak hal yg merumitkan dan memecahkan akal pikiran ni ha.. yelah kan, nmpk dari luaran cm takde pape je yg terjadi, tapi kt dlm sape je yg tau kan kecuali Allah yg maha mengetahui.. =) tapi nk wat cmne kan, sbg makhluk yg normal dan ada akal mmg pasti akan ada masalh sbb mslh tuh adalah salah satu 'task' untuk akal menyelesaikannya, kan..
bkn nk mengadu atau bergantung sangat kt manusia tapi nk melepaskan je apa yg dh terbatu kt dada nih..huhu
mcm org sakit gak kan, disebbkan kesakitan dia yg amat sangat dia mengerang, mengerang org sakit tu lah yg sekurang2nya melegakan dia sikit & klo org sakit mengerang bkn sbb menyesal dia dpt sakit dia akan dpt pahala tuh..j gn tak tau, tau..
tapi bak kate lirik mestica kt lagu dorg 'Yang abadi': "tapi engkau pun tahu onak dan duri pada duniamu, engkau ciptakan pagar rintangan, harga cintaMu jiwaku korban, tuntun langkahku ini, tunjukkan jalan yg Kau redai, jgn biarkan hamba terkorban dengan dunia.."
mmg bestlah lagu nih, banyak pengajaran dan dorongan motivasi mengenal tuhan.. =)
tapi kan, klo korang ada mslh jgn malu2 nk ngadu kt Allah walaupun mslh tu misalnya lah kekurangan duit kan (maklumlah ptptn tak cukup), walaupun lepas ngadu nti duit tak datang melayang2 kt depan bilik ataupun tetibe ada jatuh tabung penuh duit dari langit ataupun lepas bangun pagi masa nk gogok gigi tetibe ada terkeluo gigi emas dr dlm mulut, mesti ada cara laen Allah nk ganti kekurangan duit tuh.. Allah kan maha bijaksana kan.. mcm Dia jadikan mknn yg kita mkn tuh berkat, mkn  semangkuk sup jek dah kenyang sampai 2-3 ari, mana lah tau kan, ataupun tetibe ada org murah ati nk belanja kita mkn setiap ari, hah lagi untung! tak yah sush2 nk kluo duit beli mknn.. kan.. yg penting kita kene yakin lah kan! tapi cmne plk org yg sentiasa hidup miskin tu ek? dh keje 28 jam sehari smlm, bertungkus lumas, banting ranting (ganti banting tulang)??? mesti ada yg tertanya2 mslh cepu emas putih nih kan.. cmni lah jwpn secare mampatnya.. pertama sekali kenelah beriman bahawa Allah tu ada nama2 yg indah dan sifat2 ketuhananNya yg agung.. antara nama2nya ialah yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Memberi, Maha Adil dan sebagainya.. so, klo org yg sentiasa hidup miskin tuh tak pernah nak kaya ataupon tak pernah nak cukup makan pakai kan, mungkin pd Allah kehidupan cmtu lebih baik untuk org tuh, siapa tau kan klo dia kaya nti dia jd sombong dan riya smpai dia jd jauh dgn tuhan, klo org miskin yg syirik (dahlah miskin harta, nk tambah miskin iman plk) plk mknanya org tuh tak pernah pegi sekolah agama smpai tak tau cmne nak bersyukur sbb Allah dh jadikan dia makhluk yg terbaik dan umat terbaik.. org kaya yg tak sedo diri plk nih (dh lah mkn khzanah Allh, tak tau bresyukur plk nyer tuh) ada satu istilah namanya istidraj (diberikan kemewahan dan kesenangan seolah2 nmpk zahir Allah mengurniakan 'senang hati' memberikan kepadanya sume kesenangn tuh tapi sebenonya sume2 tuh untuk menyesatkan lagi org tuh sbb dia tak pernah nk syukur dgn apa yg dia ada mcm Firaun lah, dia ada kerajaan yg beso smpai mampu kerahkan untuk buat piramid tp sume tuh takde mknanyer (sia2 belaka) sbb sume kemegahan2 yg dia ada tuh sebenonya adalah tiket  dia gi neraka, nti dgn 'megahnya' Firaun akn pegang tiket dia nih (kemegahan & kemewahan) gi tunjuk kt malaikat Malik sbb nk masuk dlm neraka..

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Meruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa

Yang akan menetukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara..

keliru??



keadaan di Gaza Palestin seolah2 takde harapan untuk mengecap kedamaian dan ketenangan TAPI kita sebagai umat Islam yg beriman kpd Allah yg maha berkuasa PASTI akan memberikan kemenangan kpd umat Islam!! kita pasti akan berjaya merampas semula hak pemilikan tempat suci Islam Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin nih.. tapi ada 1 bende yg memusykilkan nih ha kan.. sama ada kita porasan atau idak, kebanyakan gambar2 yg diedar2kan kepada kita nih kan gambar (dome of the rock) kan, sitik sangat gambar2 masjid Aqsa disebarkan.. apa keadaan sebenar masjid tu sekarang dan kemungkinan ni la salah satu taktik kaum Yahudi nak tutup perbuatan dorg dalam usaha dorg nk amik alih dah mewujudkan semula haikal Sulaiman.. sbb tu lah dorg bg tnjuk gambo masjid kubag emas jek tu sbb seolah2 org nk bgtw itulah sebenonya masjid aqsa dan ianya masih elok dan berdiri kukuh.. cmtu lah realiti tipu muslihat dorg ni ha.. korg pown jgn lah tipah tertipu yerk, 2-2 masjid nih mmg terletak berdekatan tapi sebenonya adalah 2 masjid yg berbeza..



takde apa pown nk ckp kt sini.. cume nk ngadu lah sikit kan pasal tido petang nih..sy nih memanglah suka bangat tido petang ni ha, bukanlah suka tu maknanya tiap2 haghi tido ptg tp tu lah kan, klo penat lah banget memang tidak boleh idak mesti akan tertido punyer ah! tp sy ada lah dengo psl tido ptg nih nti jdik gilos ataupun tak betol ataupun otak mereng ataupun lupa diri ataupun ilang hingatan ataupun apa2 aje la yg sewaktu dengannya.. btol ke ek??
takot gak la ni, nti tetibe jek jadik ilang hingatan..
tp sy ada ler ternampak satu hadith ni ha, dia ada ckp gak psl tido ptg nih, ianya berbunyik cmni lebih kurang "sesiapa yg tido selepas Asar akan terganggulah akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri" hadith nih dr 'Aisyah, syeikh al-Albani menilai hadith ini sebagai da'if di dalam kitabnya silsilah al-da'ifah.. klo lah martabat hadith nih da'if jadiknya bukanlah suatu hujah yg kuat klo nk katekan tido ptg lepas Asar pasti akan jadik ilang hingatan kan.. lagipon klo nk berpegang dengan hadith dai'f nih pown panjang citenya, dipendekkan ada ulama hadith yg kate boleh klo setakat untuk hal2 yg tak berkaitan dengan hukum hakam perundangan Islam, ada gak yg ckp takleh gune hadith daif nih lang-soong walaupun tak berkaitan dengan hukum perundangan Islam.. tp rasanya better lah kurangkanlah tido waktu ptg pas Asar kecuali klo penat sangat.. bagi org2 yg tak suka tido ptg tuh takyah lah nk pandang sonsang kt org tido ptg..huhu..apa salahnya dorang nak pulihkan semula  power dorang kan..avra kadavra..keh2..

suka dalam duka

emm.. awal2 dah dapat tajuk assignment.. ada bgos ada tak bgosnya dapat tajuk awal ni.. yg bagosnya harap2 dapat setel awal & yg tak bagosny plk akan sdeyh memikirkan tajuk yg bakal dibuat tu.. tapi takpa lah, bagos gak kan dah dapa tahu awal2 tugasan2 kita, senang lah nti nk cari bahan2 yg berkaitan.. bgos2 pown selepuk ada TUJUH tugasan satu subjek nih.. harap2 lah subjek laen tak banyak tugasan cm subjek nih kan..huhu

dah lah pembahagian markahnya 50% assignment 50% last exam.. perit gak kan.. biasanya 40% aje markah assignment & lebihnya untuk last exam.. tapi takpe lah nk wat cmne lg kan.. takkan lah sanggup nak wat demonstrasi aman berarak sensorang pastuh bawak lah sepanduk mintak tuko peratusan markah tu kan.. cm org tak betol plk kang jadinya..huhu

marilah ramai2 berdoa moga2 sy dpat menyiapkan tugasan yg diberi tuh ek..

jahatt!!



hari ni pagi2 buta sy dah mula online nak baca berita pasal Palestin.. biasanya sy baca utusan Malaysia.. mula2 tu mmg  rasa cm malas je nk baca tapi demi nak tahu apa yg dah terjadi kat bumi yg terdapat tempat suci umat Islam itu sy bukak gak utusan online.. 

bukak je terus nampak gambar mayat seorang kanak2 Palestin.. kesian sangat.. Yahudi ni mmg takde hati dan perasaan ke?! sanggup dia buat serangan kat orang awam! dah lah bantuan disekat! hish rasa cm nak lempang2 jekorg2 yahudi nih.. cuba lah bagi dorg rasa apa yg dorg buat tu, mesti dorg tak sanggup gak kan.. mmg kejam tahap gunung everest kuasa lapan btol lah Yahudi ni!!

sy mmg sokong sangat anjuran PPIM nk boikot 3 produk yahudi amerika ni ( cocacola-starbuck-colgate)

kita pon kene lah sokong usaha ni ek sama2.. kita tak mampu nak lawan senjata ngan dorg sbb amerika tu pengeluar senjata.. so cara ni je lah yg kita bule buat.. bagi ekonomi dorg tak stabil.. alah klo setakat cocacola tuh bukan sedap mana pown.. baek beli air lain selain air coce tu ha..colgate pown klo tak payah beli pown takpe, gerenti takde taik gigi punye lah, agipown banyk jek ubat gigi yg laen cm ubat gigi mukmin ke, halal gel ke, ubat gigi HPA lagi bgos sbb dibuat dari bahan herba..huhu..

tengoklah pic nih, sdeyh kan.. klo lah kita yg ditimpa cmtu, tak tau lah nk cakp apa, korg fikir lah sndiri nk ckp apa..

Muqadimah utama~

Ini lah warkah :-p pertamaku yang diisi dalam 'bait al-sa'adah' ni. Rasanya cam tak tau je nak masukkan apa je dalam ni. Tapi takpe, nanti lama2 ada lah idea yg datang tu kan. Lupa lak sebab nama blog nih 'bait al-sa'adah' sbb tujuan ada blog nih nk menggembirakan hati, nk muntahkan apa2 yg tak puas hati ker sbb tu lah namanya cmtu lgpon makna 'bait al-sa'adah' tu kan rumah kegembiraan..hehe jadi apa salahnya nk menonjolkan kegumbiraan kt dalam nih kan..harap sesapa yg masuk kt dalam nih jadik gumbira gak lah hendaknya..huhu lagi 1, dlm blog nih gak sy akan merojakkan dengan masukkan artikel, rencana, karya kreatif, fiksyen, dokumentari dan..mcm2 ada.. hehe..


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews