"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

INTIFADA..!!!

Palestin..
638M
di bawah pemerintahan Umar al-Khattab, seluruh Palestin dimerdekakan dr penjajah Rom. seterusnya penduduk Palestin yg Islam dan bkn Islam hidup aman dibawah pemerintahan khalifah Islam. kebebasan beragama dijamin..

1896
Theodore Hertzl mewujudkan sebuah doktrin baru zionis sebagai gerakan politik untuk mendirikan negara Yahudi

1897
Theodore Hertzl menggelar kongres zionis dunia pertamadi Basel, Swissland. Peserta mengeluarkan resolusi bahawa umat Yahudi tidaklah sekadar umat beragama namun adalah bangsa dengan tekad bulat untuk hidup secara berbangsa dan bernegara. Dalam resolusi itu, kaum zionis menuntut tanah air bagi umat Yahudi pada 'tanah yg bersejarah bagi mereka'.

1901
Theodore Hertzl pemimpin ulung Yahudi ketika itu mempersembahkan sejumlah wang kepada bendahara negara sebagai imbalan membolehkan wujudnya penempatan Yahudi di Palestin. Khalifah Abdul hameed mnolak imbalan dari Theodore Hertzl tersebut disertai dengan perkataan khalifah yg masyhur "Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dr tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk ummah Islam seluruhnya. Ummah Islam yg tlh berjihad demi bumi ini dan mereka tlh membasahinya dgn darah2 mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya khilafah Islam ini dimusnahkan suatu hari mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayara! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dr negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yg tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong2 tubuh kami selagi kami masih hidup"


1917
menteri luar Britain keturunan Yahudi, Athur James Balfour, dlm deklarasi Balfour memberitahu pimpinan zionis Britain, Lord Rothchild, bahawa Britain akan memperkukuh pemukiman Yahudi di Palestin dlm membantu pembentukan tanah air Yahudi. Lima tahun kemudian Majlis Bangsa-bangsa (PBB) memberi mandat kpd Britain untuk mengusai Palestin

1947
PBB membenarkan pembahagian Palestin menjadi dua negara: Arab dan Israel

14 Mei 1948
para penduduk Yahudi mengisytiharkan kemerdekaan negara Israel, melakukan senjata terhadap rakyat Palestin. Jutaan dr mereka terpaksa menjadi pelarian di Lebnon, Jordan, Syria. Mesir dan lain2

2 Disember 1948
bantahan Liga Arab atas tindakan AS dan sekutunya membantu zionis. Pd waktu itu, ikhwanul muslimin (IM) di bawah Hassan al-Banna mengirim 10000 mujahidin untuk berjihad melawan Israel. Usaha ini kandas kerana dihalang oleh kerajaan Mesir

29 Oktober 1956
Israel dibantu Inggeris dan Perancis menyerang Sinai menguasai terusan Suez

1964
para pemimpin Arab membentuk PLO (Palestin Liberation Organization). Dengan ini secara rasmi, nasib Palestin diserahkan ke bahu bangsa Arab-Palestin sendiri dan tidak lagi umat Islam. Masalah Palestin dijadikan maslah nasional

1967
Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria selama 6 hari dgn alasan menghalang pencerobohan. Israel berhasil menawan Sinai dan Gaza (Mesir) dataran tinggi Golan (Syria) Tebing Barat dan Jerusalem (Jordan). Israel dgn mudah menghancurkan angkatan udara musuhnya krn informasi dr CIA

September 1978
Mesir dan Israel menandatangani perjanjian Camp David yg diusahakan oleh AS. Perjanjian itu menjanjikan autonomi terhad kpd rakyat Palestin di wilayah-wilayah yg diduduki. Sadat dan PM Israel Menachem Begin dianugerahi Nobel Perdamaian 1979


1982
Israel menyerang Lebnon dan membunuh ratusan pengungsi Palestin di Sabra dan Shatila

1987
Intifadhah, perlawanan dgn batu oleh org2 Palestin yg tinggal di daerah pendudukan terhadap tentera Israel mulai meledak. Intifadhah ini dimulai oleh Hamas
1994
pembunuhan warga Palestin yg sedang solat di Masjid al-Khalil oleh Bruch Golgstein. Israel dan Jordan menandatangani perjanjian damai



2006
Hamas memenangi Pemilu Palestin. Ismail Haniya menjadi PM. Pemerintah Hamas diboikot oleh barat dan negara-negara Arab krn tidak mengakui kewujudan Israel dan perjanjian damai

2007
terjadi perbalahan antara Hamas dan Fatah. Dipersetujui deklarasi Mekah untuk menghentikan perbalahan. Dlm masa yg sama Israel meneruskan usaha sistematik menghancurkan Masjid al-Aqsa

0 comments:


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews