About Me
laman diskusi~
-
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?7 years ago
-
-
Maklumat8 years ago
-
-
-
-
-
-
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.12 years ago
-
-
Berbuat baik kepada ibu bapa14 years ago
-
-
About SacredHadith18 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Follow Me!!~
jom bual-bual~
Nabi Muhammad saw adalah makhluk yang diutuskan oleh Allah sebagai penyebar dan penyempurna akhlak-akhlak yang baik kepada manusia keseluruhannya. Baginda berakhlak dengan akhlak al-Quran malah dalam seluruh kehidupan baginda diselebungi dengan akhlak-akhlak yang baik yang disegani oleh kawan mahupun lawan. Akhlak baginda tidak pernah mengenal pertalian darah bahkan dengan musuh atau orang yang menyakitinya juga baginda tetap berakhlak dengan akhlak yang baik.
Allah menegaskan di dalam surah al-Ahzab ayat 21 bahawa nabi Muhammad adalah satu-satunya individu yang paling sesuai untuk dijadikan contoh dan tauladan bagi umat manusia. Malah ummul mukminin Aisyah pernah menyatakan bahawa nabi Muhammad saw berakhlak dengan akhlak al-Quran.
Jika dilihat pada senario anak-anak muda sekarang yang berbangsa Melayu khususnya yang kurang kenal kepada individu yang tinggi martabatnya ini dimana namanya disebut2 di dalam al-Quran berulang kali bahkan ada yang tidak mengenalinya langsung! Malah ada yang hanya mengenal nama sahaja tetapi hakikatnya mereka hanya hidup dengan bertopengkan nama Islam yang dipakai diluaran semata-mata.
Mereka sangat jahil dengan peradaban Islam yang lebih baik dari mana-mana peradaban yang wujud di muka bumi ini. Mereka lebih terkesan dengan budaya-budaya kuning yang dibawa oleh barat. Pada tanggapan mereka, budaya yang ditiup dari barat adalah budaya orang-orang yang maju. Mereka tidak menyedari bahawa Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad adalah yang terbaik malah sesuai diaplikasik di dalam segenap zaman dan disetiap sudut tempat.
Ibu bapa merupakan pengasuh yang paling utama untuk memperkenalkan nabi Muhammad dan Islam yang dibawa oleh baginda kepada anak-anak mereka. Malah di rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling sesuai untuk menanam sifat dan akhlak yang dibawa oleh nabi Muhammad. Kerana anak-anak menghabiskan kebanyakan waktunya di rumah dan ibu bapa perlu pandai mengambil peluang untuk menerapkan kepada mereka nilai-nilai ajaran Islam.
Ulama’ dan umara’ juga wajib memainkan peranan di dalam memperkenal dan menanam keperibadian muslim yang baik, yang menghayati kemurnian ajaran Islam kepada masyarakat awam. Ulama’ perlu meningkatkan lagi usaha mereka untuk berdakwah dan memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat awam dan anak-anak muda khasnya. Usaha untuk menyebarkan nilai-nilai ajaran Islam perlu dilakukan secara aktif oleh golongan ulama’ kerana ulama’ dilihat lebih memahami dan mendalami isi-isi ajaran Islam.
Ulama’ mempunyai tugas yang sangat berat dah hebat. Mereka ini dipilih oleh Allah sebagai pewaris nabi. Mereka ini juga telah dipilih untuk menjaga umat manusia keseluruhannya. Ulama’-ulama’ menjadi tempat sandaran dan rujukan ketika mana masyarakat mengalami masalah yang berkaitan sama ada tentang agama, negara, kewangan malah kehidupan seharian mereka. Justeru ulama’ dilihat sebagai satu taraf yang tinggi dimana mempunyai beban dan tanggungjawab yang sangat besar juga berautoriti untuk bersuara di dalam mana-mana lapangan masalah kerana Islam adalah agama yang syumul yang mencakupi segenap ruang kehidupan manusia sama ada dari segi masalah negara atau agama.
Umara’ pula adalah peringkat yang bertanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan rakyatnya sahaja. Bidang tugas ahli politik atau pemerintah hanya di dalam had sempadan sesebuah negara tertentu. Mereka berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat di dalam pimpinannya agar menjadi lebih baik dan bebas dari kejahilan tetapi masih di dalam landasan Islam yang telah digariskan dan di dalam pengawasan ulama’. Malah mereka ini bertangungjawab di dalam memainkan peranan di dalam menggerakkan aktivit-aktiviti yang berbentuk keagamaan untuk memberi kefahaman kepada rakyat.
Justeru, semua pihak harus bekerjasama untuk menggarap nilai murni Islam di dalam jiwa setiap manusia bermula dari rumah sehinggalah kepada peringkat yang tertinggi di mana ulama’ dan umara’ bekerjasama dan bergabung untuk menyelesaikan kes kejahilan terhadap nabi Muahammad dan ajaran Islam.
0 comments:
butiran permata nan indah~
jangan tak klik!!~
UM~~is one!
-
Besarnya Pengampunan Tuhanku al-Ghaffar12 years ago
Kinabalu~~hungga!
-
KONSTRUKSI9 years ago
-
apa dah jadi dengan blog ni?9 years ago
-
saya budak sains12 years ago
-
-
UP is marvelous!!!!15 years ago
-
-
kengkawan lama
lelaen..
-
-
-
-
-
TIME COUPLE VS DAH BREAK12 years ago
-
-