About Me
laman diskusi~
-
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?7 years ago
-
-
Maklumat8 years ago
-
-
-
-
-
-
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.12 years ago
-
-
Berbuat baik kepada ibu bapa14 years ago
-
-
About SacredHadith18 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Follow Me!!~
jom bual-bual~
Yahudi merupakan kaum yang banyak kali disebut di dalam al-Quran tentang keburukan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh kaum ini. Kisah-kisah yang dipaparkan tentang mereka ialah kisah membunuh para nabi dan menyembunyikan kebenaran. Kita tidak seharusnya mempercayai dengan janji-janji manis oleh Yahudi zionis kerana Allah sendiri telah menyifatkan di dalam Surah al-Baqarah ayat 83 bahawa kebanyakan kaum Yahudi merupakan orang yang suka memungkiri janji kerana pada suatu ketika mereka pernah bersumpah di atas nama Allah bahawa mereka tidak akan membunuh, mengusir sebahagian yang lain, taat kepada ibu bapa dan lain-lain janji tetapi mereka ingkar dan telah melanggar janji dan sumpah serta tidak memenuhi janji-janji yang telah diikrarkan.
Malah kaum Yahudi ini sangat berani menukar dan menyembunyikan kebenaran iaitu tidak menyampaikan isi-isi kitab Taurat kepada golongan awam dengan jujur. Golongan elit yang terdiri daripada pemimpin dan pendeta mereka yang bertanggungjawab mengubah ayat-ayat dan hukum-hukum yang telah jelas di dalam kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi. Mereka sangat berhati-hati memilih hukum-hakam yang terdapat di dalam kitab dengan hanya memilih hukum yang sesuai dengan nafsu mereka manakala yang selebihnya disembunyikan. Buktinya, al-Quran menceritakan di dalam surah al-Baqarah ayat 85 bahawa Yahudi adalah orang yang mengambil hukum dari Taurat dengan apa yang sesuai dan yang selari pada pendirian mereka sahaja sedangkan selebihnya mereka menafikan dan tidak menggunapakai hukum-hukum tersebut.
Tidak keterlaluan sekiranya menyifatkan Yahudi zionis ini seperti melepaskan anjing yang tersepit. Mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad. Mereka lupa bahawa pada suatu ketika dahulu mereka merupakan orang yang lekeh dan terhina di bumi Mesir ketika di bawah pemerintahan Firaun. Mereka adalah hamba abdi yang dikerah untuk membina bangunan-bangunan dan disiksa. Tetapi Bani Israil telah diselamatkan dan diberi keistimewaan oleh Allah SWT dengan mengutus Nabi Musa a.s dan dibantu oleh Nabi Harun a.s. Malah Allah telah memberi pengiktirafan dengan meninggikan kaum Bani Israil dari bangsa-bangsa lain ketika zaman Nabi Musa sebagaimana yang disebut di dalam Surah al-Baqarah ayat 47 yang bermaksud, “Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat”.
Jika dilihat pada senario hari ini, Yahudi hampir berhasil mempengaruhi dan menakluki seluruh dunia dengan pelbagai jenis kepakaran yang mereka kuasai selain daripada peperangan. Mereka sangat mendahului di dalam bidang akademik malah mereka sangat menguasai bidang sains. Justeru mereka melancarkan kedua-dua senjata tersebut dan berhasil menakluk dunia dan meletakkan setiap pemimpin dunia di hujung jari dengan mengikut segala telunjuk mereka. Mereka mampu mengawal kuasa besar seperti Amerika manakala perjalanan ekonomi berada di dalam genggamannya.
Kejayaan yang mereka gengam pada hari ini merupakan rentetan dari agenda utama mereka iaitu penaklukan sepenuhnya ke atas Baitulmaqdis. Maka dengan segala kuasa yang ada mereka sedaya upaya menekan umat Islam di Palestin khasnya agar melepaskan tempat suci tersebut. Selepas berjirankan negara haram Israel pada tahun 1948, hidup rakyat Palestin tidak lagi damai malah ekonomi negara juga semakin merudum.
Selain daripada kemerosotan ekonomi, rakyat Palestin juga terpaksa menghadapi masalah pengangguran. Ini terjadi akibat kekejaman tentera Yahudi membedil bangunan-bangunan yang dirasakan memberi ancaman kepada mereka atau disyaki menjadi tempat persembunyian pejuang yang menentang Israel tanpa mengira sama ada masjid, rumah atau sekolah.
Ramai di antara mereka yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tinggal dalam bangunan-bangunan yang telah rosak sebagai tempat perlindungan dan berteduh dari panas dan hujan. Kemusnahan berada di mana-mana. Anak-anak kecil dan orang tua terbaring di celah-celah runtuhan beralaskan lantai yang keras dan sejuk.
Bukan sekadar kemusnahan pada bangunan kesan siri pengeboman yang berlarutan sejak 27 Disember 2008, ramai rakyat Palestin hidup menanggung penderitaan dan kecacatan sepanjang hayat kerana kehilangan anggota badan. Selain itu, serangan bom fosforus ke atas rakyat Palestin akan meninggalkan kecacatan seumur hidup. Kesannya sama seperti terkena asid yang akan menghakis daging dan menyebabkan kelecuran pada kulit mangsa.
Mereka juga menyekat sebarang bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Ubat-ubatan dan makanan yang dikirim disekat di Rafah, Mesir. Penyekatan bantuan makanan menyebabkan kekurangan makanan dan kesan kebuluran di kalangan rakyat Palestin. Penggunaan ubat-ubatan pula terpaksa dihadkan kerana keperluan yang sangat tinggi menyebabkan hospital terpaksa menghadkan penggunaan bekalan ubatan yang sedia ada.
Israel bukan hanya memusnahkan material negara Palestin sahaja bahkan turut memusnahkan jiwa dan psikologi dalaman rakyat Palestin. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata. Ibu bapa melihat anak-anak mereka terkorban di depan mata dan sebahagian rakyat yang terputus anggota badan.
Jenayah kekejaman Israel tersebut telah menarik perhatian dunia. Pihak PBB dan OIC yang dianggap kuasa besar yang berautoriti untuk menegur dan menghentikan kekejaman, tidak melakukan sebarang tindakan. Kita sebagai umat seagama perlu turut mengambil bahagian menentang kejahatan bangsa Yahudi Zionis. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam dan mengirim ketabahan dan kekuatan kepada saudara kita di Palestin khasnya dan juga kepada seluruh umat Islam agar bersama-sama memperjuangkan kedaulatan Islam dan menegakkan serta mengembalikan semula kegemilangan Islam di atas muka bumi Allah ini.
0 comments:
butiran permata nan indah~
jangan tak klik!!~
UM~~is one!
-
Besarnya Pengampunan Tuhanku al-Ghaffar12 years ago
Kinabalu~~hungga!
-
KONSTRUKSI9 years ago
-
apa dah jadi dengan blog ni?9 years ago
-
saya budak sains12 years ago
-
-
UP is marvelous!!!!15 years ago
-
-
kengkawan lama
lelaen..
-
-
-
-
-
TIME COUPLE VS DAH BREAK12 years ago
-
-