About Me
laman diskusi~
-
360 SEDEKAH SEHARI3 months ago
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?9 years ago
-
-
Maklumat10 years ago
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA10 years ago
-
-
-
-
-
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.14 years ago
-
-
Berbuat baik kepada ibu bapa16 years ago
-
-
About SacredHadith19 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Follow Me!!~
jom bual-bual~
Seperti mana yang diketahui bahawa merokok merupakan 1 amalan tidak sihat yang sepatutnya ditinggalkan oleh semua manusia.
Gejala ini semakin membahayakan terutama apabila ianya melibatkan pelajar sekolah dan remaja. Pelajar yang seharusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran akan tergugat matlamat hidupnya gara-gara rokok. Remaja pula adalah generasi pemangkin kepada negara sepatutnya berusaha untuk bersama-sama membantu kerajaan di dalam memerangi gejala merokok ini agar pada suatu hari kelak candu yang diperkenalkan oleh musuh Islam ini hanya akan menjadi 1 sejarah sahaja.
Di sini kami ingin berkongsi serba sedikit maklumat mengenai rokok yang semakin lama manjadi semakin popular walaupun pihak berwajib telah mengadakan kempen besar-besaran mengenai bahaya merokok ini.
- Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya ‘Halal dan Haram’ menyatakan bahawa rokok adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kegoyahan rumah tangga dan menghabiskan harta ini kerana perokok perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk merokok. Sehingga akan menyebabkan kos yang sepatutnya disalurkan kepada perbelanjaan rumah tangga dan persekolahan anak-anak terjejas kerana mahu membeli rokok. Bahkan kadang kala sanggup melakukan perkara yang dilarang seperi mencuri dan mengugut untuk mendapatkan rokok.
- Syeikh Dr yusuf al-Qaradawi menukilkan kata-kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah “Ganja ini adalah benda haram, sama ada orang yang melakukannya itu mabuk atau tidak..”
- Menurut Syeikh Dr yusuf al-Qaradawi seseorang Muslim bukanlah miliknya sendiri bahkan dia adalah milik agama dan umat Islam seluruhnya. Bahkan tubuh badan yang dimiliki adalah harta Allah dan bukan hak milik mutlak individu. Hidup, kesihatan, harta dan segala nikmatnya merupakan amanah yang tidak patut disia-siakan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”
- Seterusnya beliau berkomentar lagi bahawa hukum merokok itu yang membahayakan pelakunya adalah haram, khasnya apabila doktor pakar telah menyatakan bahayanya seseorang itu merokok.
- Pada 1 Oktober 2009, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan penetapan harga minimum di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2009 dengan harapan jumlah perokok akan semakin berkurangan terutama dikalangan kanak bawah 12 tahun dan remaja kerana tidak mamapu membelinya.
- Berdasarkan statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan jumlah perokok di negara ini akan terus meningkt sehingga 3.8 juta orang pada tahun 2015.
- Namun telah wujud lambakan rokok murah di pasaran sekarang yang mana sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang atau mengurangkan jumlah perokok.
- Bagaimana ingin mengenali rokok murah/haram? Rokok ini tidak dibayar cukai dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selain itu ianya dijual kurang daripada harga minimum iaitu RM7. Ianya juga tidak memaparkan amaran kesihatan bergambar.
- Perbezaan antara rokok murah/haram dan rokok yang dipantau kerajaan.
| Rokok berlesen | Rokok haram |
| Harga minimum RM7 | Harga kurang daripada RM7 |
| Tidak boleh melebihi 1.5miligram nikotin sebatang | Mengandungi nikotin sehingga 2 miligram sebatang |
| Tidak melebihi paras 20 miligram tar sebatang | Tar mencecah sehingga 30 miligram sebatang |
- Walau seberapa kurang pun jumlah tar dan nikotin yang terkandung di dalam sebatang rokok ianya tetap membahayakan kepada kesihatan diri dan orang lain. Bahkan ianya membazirkan harta terutama bagi sesiapa yang hanya ‘cukup2 makan’ sahaja.
Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada hamba-hambanya. Islam merupakan satu agama yang mementingkan ukhwah yang erat, membenci dendam dan persengketaan. Mari kita renungkan hadith dibawah ini;
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ كَانَ اسْمُهُ زَاهِرًا كَانَ يُهْدِي لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْهَدِيَّةَ مِنْ الْبَادِيَةِ فَيُجَهِّزُهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ زَاهِرًا بَادِيَتُنَا وَنَحْنُ حَاضِرُوهُ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّهُ وَكَانَ رَجُلًا دَمِيمًا فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا وَهُوَ يَبِيعُ مَتَاعَهُ فَاحْتَضَنَهُ مِنْ خَلْفِهِ وَهُوَ لَا يُبْصِرُهُ فَقَالَ الرَّجُلُ أَرْسِلْنِي مَنْ هَذَا فَالْتَفَتَ فَعَرَفَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ لَا يَأْلُو مَا أَلْصَقَ ظَهْرَهُ بِصَدْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ عَرَفَهُ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يَشْتَرِي الْعَبْدَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذًا وَاللَّهِ تَجِدُنِي كَاسِدًا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَكِنْ عِنْدَ اللَّهِ لَسْتَ بِكَاسِدٍ أَوْ قَالَ لَكِنْ عِنْدَ اللَّهِ أَنْتَ غَالٍ
Terjemahan: Dari Anas katanya suatu hari seorang lelaki badui bernama Zahir telah memberikan hadiah dari kampungnya kepada nabi maka Rasulullah pun memberikan bekalan kepadanya ketika hendak pulang. Baginda bersabda “Sesungguhnya Zahir adalah badui yang merupakan sebahagian dari kita dan kita adalah orang kota”. Rasulullah saw sendiri menyayangi Zahir walaupun tidak memiliki wajah yang tampan. Suatu hari Rasulullah saw mendatanginya ketika dia sedang menjual barang dagangannya dan mendakapnya dari belakang dan Zahir tidak dapat melihat siapa yang mendakapnya dan berkata “lepaskan aku. Siapa ni?”. Apabila dia menoleh maka ketahuilah bahawa ianya adalah nabi, dan Zahir terus berusaha agar belakangnya tetap menyentuh dada Rasulullah saw. Kemudian baginda bersabda “siapa yang hendak membeli budak ini”. Maka Zahir berkata “nanti engkau akan dapati aku ini tidak bernilai”. Baginda bersabda “tetapi disisi Allah engkau bukanlah orang yang tidak bernilai”.
*Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya. Dinilai sahih oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani di dalam kitabnya Mukhtasar Syamail.
1- Islam merupakan satu agama yang ceria, tidak membebankan dan bukan agama yang menyuruh umatnya agar terus menerus bersikap serius dan masam sepanjang masa.
2- Di dalam pergaulan sosial janganlah memilih status keturunan dan pangkat sahaja. Agama Islam bukanlah agama yang mengajar umatnya mengamalkan kasta tertentu yang mana golongan kaya hanya layak sesama mereka dan sebaliknya. Malah Islam mengajar bahawa kemuliaan seseorang bukan diukur dari segi darjat keturunan bahkan ukurannya adalah tahap ketaqwaan seseorang.
3- Berdasarkan hadith di atas jelaslah bahawa Rasulullah merupakan seorang yang amat menyayangi sahabat-sahabatnya yang beriman. Tidak menyakitinya malah ada masa untuk bercanda sesama mereka.
4- Menilai seseorang berdasarkan zahirnya sahaja bukanlah tindakan yang bijak kerana walaupun Zahir seorang badui yang tidak tampan rupa parasnya sehinggakan dia tidak ada nilai pada pandangan mata manusia namun Rasulullah menyatakan bahawa di sisi Allah dia adalah mahal dan sangat berharga.
Kepada semua rakan-rakan tidak kiralah sama ada rakan ketika belajar atau rakan sekerja..
saya dan keluarga mengucapkan kepada semua saudara seislam kami.
Semoga perayaan yang telah dihadiahkan oleh Allah ini menjadi satu pemangkin kepada kita untuk terus berjaya dan seterusnya menyumbang bakti kepada agama demi menjulang kalimah tauhid .
kami berdoa juga agar kita semua dipilih oleh Allah untuk mengikut jejak langkah rasulullah di dalam kehidupan seharian dengan berpandukan sunnah yang sahih. Amiin.
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku”
Sekiranya doa ini dibaca ketika berada di dalam kesedihan insyaAllah Allah akan mengamankan diri seseorang daripada perasaan bimbang dan dihilangkan oleh Allah kesedihan.
*Ramai dikalangan manusia sekarang yang sering melupakan Allah ketika mana berada di dalam kesedihan. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk menghilangkan kesedihan, kebimbangan hati dengan memilih jalan yang tidak diiktiraf oleh Islam. Contohnya, ramai yang berfikiran cetek bahawa dengan membunuh diri atau membunuh jiwa lain dapat menyelesaikan masalah. Marilah sama-sama kita mengamalkan apa yang telah diajarka oleh baginda nabi saw ini. Ini kerana apa sahaja yang telah dijanjikan oleh baginda nabi merupakan satu kebenaran. Jom kita berusaha ke arah mencari keredaan Allah dengan melakukan perkara-perkara sunnah dan menjauhi bidaah.
zakaria
10/7/5
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ
Di dalam taqwim Islam, terdapat 12 bulan yang menjadi panduan seharian umat Islam. Bulan-bulan Islam tersebut dimulai dengan bulan Muharram diakhiri dengan Zulhijjah. Saban tahun umat Islam pasti akan melalui bulan Sya’ban ini. Bulan ini. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw lebih banyak berpuasa pada bulan Sya’ban diikuti pula dengan berpuasa penuh pada Ramadan. Tidak pula dinyatakan bahawa baginda berpuasa tiga bulan berturut-turut dari bulan Rejab hingga bulan Ramadan. Di dalam riwayat di atas dinyatakan oleh Umm al-Mukminin bahawa beliau tidak pernah melihat baginda nabi saw berpuasa lebih banyak pada bulan-bulan yang lain kecuali bulan Sya’ban. Hadith yang dibawakan di atas diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, di dalam kitab puasa. Justeru sebagai seorang muslim yang mengaku menyayangi baginda tentulah akan mengikut jejak langkahnya sebagaimana para generasi tiga kurun pertama dan para ulama terutamanya yang sentiasa menyibukkan diri dengan mengkaji hadith-hadith baginda. Namun tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban sedangkan tidak pada bulan lain.
عن أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Jelas pada hadith di atas menunjukkan baginda merupakan seorang insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah walaupun baginda telah dijanjikan pengampunan dosa-dosanya dan memiliki sifat maksum sebagai seorang nabi. Riwayat di atas telah diriwayatkan oleh al-Nasa’i di dalam sunannya di dalam kitab puasa dan dinilai sebagai oleh syeikh al-Albani. Hadith di atas menerangkan betapa baginda tidak selesa jika amalannya dinaikkan untuk dipersembahkan kehadapan Allah tanpa berpuasa kerana jelas baginda bulan tersebut adalah bulan di mana amalan-amalan manusia di angkat ke hadrat Allah dan baginda sendiri mahu amalannya diangkat dalam keadaan baginda berpuasa. Justeru marilah sama-sama kita berusaha untuk perbanyakkan berpuasa pada bulan Sya’ban yang bakal menjelma tidak lama lagi disamping sebagai penghias kepada amalan kita yang bakal dinaikkan ke hadrat Ilahi juga sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadan.
hehe arini bait al-sa'adah nak mengiklankan satu jawatan kosong!!..
haa sapa2 yg rase2 dirinya xder pekerjaan lagi silalah isi jawatan tersebut ek..
tp kan, rasenyer jawatan nih mmg diawjibkan untuk setiap org Islam yg dah berakal untuk isi jawatan tersebut laa.. hehe
lau kiter apply tuu ganjaran dier tersangat lah lumayan.. silap2 melebihi perdana menteri.. haaa..
apa tunggu lagi mai lah kiter sama2 merebut jawatan tersebut.. hehe
=)

dah lma rasenyer xupdate dalam neyh..
bkn xnak cumer xberapa nak ader masa nak update mende nih ha.. k lah.. kali nih sy rase cm nak cerita pasal sikap manusia nih yg kadang2 suka sgt berburuk sangka.. betol x..
bkn apa lah kan tp ni mmg realiti keadaan kt dunia nih..
sy pown xterlepas gak dr sikap nih tp cumer nye marilah kite sama2 menginsafi diri cuber untk mengubah abiat buruk tuh kan..
ade juga riwayat yg mengatakan "jauhilah kamu daripada berperasangka, kerana ianya adalah seburuk2 perkhabaran"..
apa tidaknya, cube kite bayangkan lau cnthnyer la kan, kwn kiter terlambat untuk dtg pd temu janji yg ditetapkan, pastu kite akn memikirkan yg bukan2 atau yg buruk2 mengenai kwn td sbb die lewat.. sedangkan hakikatnya kite xtahu apa keuzuran yg menimpa kwn td sehingga menyebabkan die terlewat untuk datang pd temu janji tersebut..
jadinya marilah kite sama2 membuang jauh2 sikap nih, sbb ianya berupaya untuk mencetuskan perasaan dengki mendengki antara sesama manusia..
begitu juga org yg suka tuduh menuduh org lain tanpa usul periksa juga adalah satu sikap yg membahayakan kerana boleh menyebbakan perpecahan disamping kita boleh menkalsifikasikan org yg suka membuat tuduhan melulu adalah org yg pengecut kerna ingin menutup kesalahan diri dengan memburukkan org lain..
oleh itu marilah sama2 kita berusaha memegang tali sunnah sahih dari insan kamil kekasih Allah dgn erat.. semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan kepada org yg mnegikut sunnah Rasulullah saw... =)
ok sebelum tu nak tnyer la..
korang mestilah dari umo 7 taun smpailah umo 17 taon sentiasa bergelumang di alam persekolahan .. betol x..?
masa korang pown bnyak dihabiskan kt sekolah kan.. betol x..?
sesi pagi ada kt sekolah.. petang ada kt sekolah.. sabtu pown ada kt sekolah untk aktiviti ko-ko..
masa korang sbg pelajar banyak diluangkan disekolah bersama dgn kwn2 sekolah & beribu bapakan dgn guru2..kan..
korang akan tgk guru korang ari2 kan..smpai rase cm nak jemu jek..

tp korang tawu x betapa seorang guru tu hatinya sama mcm perasaan seorang ibu bapa yang sebenar.. wlaupun guru tu masih anak dara o bujang tp hati dier pada pelajarnya sama mcm naluri keibu bpaan..
oleh itu jagalah hati guru anda sama seperi anda menjaga hati orang tua anda..
jgn ucpkan kata-kata yang blh mengguris hati guru anda.. n bergaullah dengan mereka dgn pergaulan yang paling sopan sama mcm anda bergaul dgn ibu bapa//..
OLEH ITU SAYANGILAH GURU ANDA.. ;)
bait al-sa'adah dengan ini mengucapkan kepada semua guru2..
harap rakyat Malaysia khasnya sihat-sihat belaka.. ;)
korang sumer sayang ngan mak x...?
soalan mencabar nih kan.. huhu
mestilah sayang kan..
mana ada manusia yang xsayang ngan mak masing2.. ;)
korang sumer mesti ada yang xigt kan ngan hari IBU..
kiter kt Malaysia akan sambut hari ibu pada 10 mei nih kan..
so apa perancangan korang..?
harap2 jgn ada yang terlepas pndang ngan hari IBU ni.. huhu
sbb apa sy ckp jgn smpai terlepas pndang..?
sbb ibulah yang menyayangi kiter dgn curahan kasih sayang yg banyak..
kalo ada yang ckp mak dia xsayang dier sbb selalu kene marah..
mak marah2 tuh bkn tanda xsayang tp itula tnda kasih sayang mak pada anak2nya..
mak kiter tuh nak yang terbaik untuk anak2 dier...
jadinya mestilah mak akan marah kan kalo anak2 dier buat bende2 yang dilihat sebagai sesuatu yang kurang baik untuk anak2 mereka.. ;)

Islam sendiri mengajar kiter supya sntiasa mencurahkan kasih sayang kiter kepada ibu bapa kan..
xbg ckp dgn perkataan yang kaso2..
xblh nak bantah, apa lg nak herdik org tua sendiri..
lg lah dilarang.. :)
akhirnya.. marilah sama2 kiter imbas dan igt semula jasa2 dan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu kiter semata2 nakkan yang terbaik untk anaknya.. :)
marilah sama2 kiter mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup mereka.. :)
seharusnya perkara sebegini tidak berlaku selagi mana masing bersifat 'insaf'.. iaitu bersederhana di dalam setiap aspek.. menghormati pandangan orang lain.. dan menegur dengan cara yang ilmiah dengan mendatang dalil2 yg disepakati dan cara penafsiran nas yang betul.. bukan dengan terus menyerang mana2 pihak yang tidak sealiran dengan kita atau yang tidak berpegang dengan apa yang dipegang oleh kita..
jgnlah terlalu ghairah untuk menghukum orang lain sebagai sesat selagi mana mereka beriman bahawa Allah sebagai tuhan dan nabi Muhammad sebagai rasulullah.. ini tidak, masing2 saling salah menyalahi antara satu dengan yang lain.. sewajibnya umat Islam menjadi satu ummah yang bersatu bukan berbalah..
bukan yang saling tuduh menuduh dengan tohmahan yang pelbagai malah ada yang saling membenci antara satu dengan yang lain..
jika kita perhatikan di Malysia khasnya seolah2 ada satu fenomena di mana [puak asya'irah] dan [puak wahabi] saling berbalah dan saling salah menyalahi..
perlu ingat sebagai umat Islam penyatuan adalah tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam.. dan tidak terlalu taksub atau dalm erti kata lain ekstrem dgn mana-mana pihak.. terutamanya kepada 'ustaz2' yg menjadi rujukan orang awam perlulah menanamkan sifat ta'adil (bersederhana dan tidak ikut membuta tuli pada mana2 pihak dan tidak mudah menyalahkan orang lain) dalam diri masing2 dan juga menyeru kepada orang yang didakwah kepada sifat tersebut..
sifat ekstrem bknlah satu sifat yang patut dibanggakan.. malahan ianya mampu menjadikan agama Islam kucar kacir.. bkn setakat [ekstremes wahabi] sahaja yang perlu dibanteras malahan mana2 ekstremes juga perlu dinasihati agar tidak meneruskan sikap tersebut sama ada dari [ekstremes asy'ari] atau [ekstremes mazhab2 spt mazhab hanafi, maliki, syafi'i dan juga hanbali]
krn dgn adanya sifat ekstremes inilah akan berlakunya pergaduhan dan perpecahan antara umat Islam krn masing2 tidak mahu beradab dan bertolak ansur dlm mempertahankan hujah masing2.. sdgkan spt yg telah disebutkan di atas bahawa untk menegur mana2 pihak perlulah dilakukan dgn bersopan dan mendtgkan hujah2 dan dalil2 yg kuat untk menolak hujah lwn..
butiran permata nan indah~
jangan tak klik!!~
UM~~is one!
-
Besarnya Pengampunan Tuhanku al-Ghaffar14 years ago
Kinabalu~~hungga!
-
KONSTRUKSI11 years ago
-
apa dah jadi dengan blog ni?11 years ago
-
saya budak sains14 years ago
-
-
UP is marvelous!!!!17 years ago
-
-
kengkawan lama
lelaen..
-
-
-
-
-
TIME COUPLE VS DAH BREAK14 years ago
-
-