"and certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Sabirin (the patient ones)-(surah al-Baqarah: 155)

Rejab


Bismillah..


hari nih dah hampir penghujung bulan Rejab..
bulan yg menunjukkan kiter sebagai umat Islam semakin menghampiri kepada bulan yg penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadan..

di dalam bulan Rejab nih plk banyak kisah2 yg terjadi di dalamnya.. salah satunya adalah kisah ISRA' DAN MIKRAJ yg menjadi salah satu tanda keagungan Islam itu sendiri dan juga menjadi tanda ketinggian perintah untuk bersolat 5 waktu sehari semalam..
ulama berijtihad di dalam menentukan tarikh kejadian peristiwa tersebut iaitu pada 27 Rejab namun walau apa pun kiter wajib beriman dgn peritiwa tersebut tidak kira lah bila pun berlaku peristiwa tersebut..
sbb apa?
sbb perisitwa isra' mikraj nih merupakan salah satu mukjizat yg dikurniakan oleh Allah kpd nabi junjungan kita Nabi Muhammad sbg penguat lg keyakinan dan sbg pengubat duka lara nabi di dalam menempuh pelbagai cabaran samada yg telah berlalu atau cabaran yg bakal ditempuhi..

ketika terjadinya Isra' Mikraj ini, nabi bergerak dr Mekah ke tapak Baitulmaqdis dgn mengenderai seekor tunggangan bernama Buraq.

kat Baitulmaqdis nih plk nabi dilihatkan dan dipertemukan dengan para nabi terdahulu dan baginda mengimamkan solat ketika itu..

selepas itu barulah baginda dinaikkan dr bumi Baitulmaqdis ke langit sehinggalah ke tingkat tertinggi iaitu di Sidratul Muntaha..

dlm perjalanan baginda menaiki dr satu tingkat ke satu tingkat langit baginda ditemukan semula dgn beberapa org nabi dan rasul terdahulu seperti Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa bersama dgn pengikut masing2..

walau apa pun untuk bulan yg bakal menjelma dlm beberapa ari lg nih harap2 semua bersiap sedia lah ngan persiapan untuk menempuh dan mengaut segala keberkatan di bulan Ramadan nanti.. huhu

akhir kata sy membawakn sebuah 'hadith' yg bertaraf DA'IF oleh ahli2 hadith.. tp telah turun temurun menjadi buah mulut oleh org2 awam dan sgt masyhur dikalangan mereka..

"Rejab bulan Allah dan Sya'ban bulan aku dan Ramadan bulan umatku.."

0 comments:


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews